Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Mengenali Dengan Lebih Dekat Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Dinukil daripada : Web Rehlah Ilmu 

Sejarah Penubuhan: 

Universiti Islam Madinah ditubuhkan berdasarkan Keputusan Raja No, 11 tanggal 25 Rabi’ul Awal 1381H bersamaan 1961 yang disepakati oleh keputusan Raja No, 21 tanggal 16 Rabi’ul Akhir bersamaan 1381H yang telah ditetapkan melalui pembentukan Majlis Musyawarah Tertinggi Universiti.

Tujuan penubuhan Universiti Islam Madinah:
  • Menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia melalui dakwah dan pendidikan pada peringkat tinggi.
  • Menanam dan meningkatkan semangat Islam serta menperdalamkan lagi amalan dalam diri masyarakat dan pelajar.
  • Universiti Islam Madinah dibangunkan adalah atas rasa keikhlasan beribadah kepada Allah dan ketaatan kepada Rasulullah s.a.w.
  • Untuk mengadakan kajian-kajian ilmiah dalam berbagai bidang keilmuan Islam dan Arab serta Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemanusiaan yang diperlukan oleh masyarakat Islam secara meluas. Justeru itu, penubuhan Universiti Islam Madinah juga boleh memberi pengajaran kepada seluruh mahasiswa Islam yang datang dari pebagai negara dan sekaligus akan melahirkan para ulama yang cekap, bijak dalam ilmu-ilmu keislaman demi untuk menjalankan misi dakwah Islam.
  • Untuk menjalinkan hubungan ilmiah diantara Universiti dan Institusi pendidikan yang lain di seluruh dunia serta merapatkan lagi hubungan pendidikan di antara Universiti sekaligus boleh merealisasikan tujuan penubuhan Universiti Islam Madinah.

Program pengajian yang ditawarkan:


  • Dimulai program lanjutan (al-Ma’had al-Mutawassith), selepas itu, tingkat atas ( al-Ma’had ats-Tsanawy ), Sarjana dan pascasarjana ( Diploma Tinggi ).
  • Mempunyai Institusi Pengajaran Bahasa Arab bagi orang yang bukan berbangsa Arab yang diperuntukkan  bagi calon mahasisiwa yang belum mampu berbahasa Arab dengan baik. Seluruh peluang pendidikan terbuka luas untuk seluruh warga asing.
  • Al- Ma’had ats-Tsanawy didirikan pada tahun 1381 H (1961), sedangkan al-Ma’had al-Mutawassith di dirikan lima tahun selepas  penubuhan al-Ma;had ats-Tsanawy pada tahun 1386 H (1966). Kedua-dua Ma’had ini menawarkan matapelajaran keagamaan, bahasa Arab, ilmu-ilmu sosial dan bahasa Inggeris kepada mahasiswa.


Fakulti-fakulti yang terdapat di Universiti Islam Madinah:

1. Fakulti Syariah:


  • Fakulti yang pertama dibentuk di Universiti tersebut. Kuliah pertama di buka pada hari minggu tanggal 2 Jamadil akhir bersamaan 1381 H ( 1961 ). Mahasiswa yang berdaftar pada waktu itu seramai 85 orang. Pada tahun 2003, fakulti ini berjaya mengeluarkan 7616 graduan yang datang dari seluruh negara. Antara jurusan yang di tawarkan di fakulti ini ialah fiqh, dengan menumpukan bidang khusus perbandingan hukum Islam, Tarikh Tasyri’ dan Faraidh, Usul Fikh, dan Al-Qadha’ Wa’ as-Siyaasah as-syar’iyyah ( Peradilan dan politik Islam ) dengan penumpuan utama ialah perkara yang berkaitan dengan politik Islam, peradilan dalam Islam dan sejarahnya.

2. Fakulti Al-Quran:



  • Fakulti kedua yang terdapat di Universiti Islam Madinah. Fakulti ini didirikan pada tahun 1394 H bersamaan tahun 1974. Kuliah pertama diadakan pada hari isnin tanggal 6 Syawal 1394 H. Fakulti ini merupakan fakulti al-Quran pertama yang di dirikan di dunia. Tujuan fakulti ini dibina adalah bertujuan untuk mempelajari al-Quran secara komprehensif dan matang baik dari segi hafalan mahupun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti ilmu Qiraat, ilmu Rasm al-Mushaf ( Penulisan al-Quran ) dan sebagainya. Fakulti ini berjaya melahirkan 283 graduan yang berasal dari 48 negara. Antara jurusan yang ditawarkan di fakulti ini ialah jurusan al-Qiraat yang lebih menumpukan pada bidang pengajian al-Quran dan jurusan tafsir yang menumpukan bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu tafsir seperti metode para ahli tafsir, ilmu-ilmu al-Quran, tafsir Maudhu’i dan ilmu mukjizat al-Quran.


3. Fakulti Bahasa Arab:

  • Fakulti ini didirikan pada tahun 1395 H ( 1975 ) atau setelah 14 tahun Universiti Islam Madinah di dirikan. Fakulti ini di dirikan bertujuan untuk menjaga bahasa al-Quran dan meningkatkan kemampuan  penggunaan bahasa Arab dan memperdalam ilmu-ilmu serta nilai-nilai sastera Arab. Fakulti ini berjaya melahirkan 1488 mahasiswa pada tahun pertama pembukaannya. Jurusan yang ditawarkan dalam fakulti ini ialah jurusan bahasa Arab yang berkaitan dengan ilmu nahu, so’rof, fiqh al-lughah wa al-ma’ajim, dialek bahasa Arab dan ilmu arudh. Dalam pada itu juga, fakulti ini menawarkan juga jrusan balaghah dan sastera Arab yang lebih menekankan tentang sastera Arab dan teks Arab, balaghah dan kitabah.


4. Fakulti Hadis.

  • Fakulti ini merupakan fakulti terakhir yang didirikan di Universiti Islam Madinah. Fakulti ini di dirikan bertujuan untuk menjaga Sunnah Nabawiyah, serta mempelajari dengan teliti ilmu tersebut dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian sehingga boleh melahirkan graduan yang terkenal dalam bidang hadis mahupun ilmu-ilmu lain yang berkaitan denganya. Jumlah keseluruhan graduan yang berjaya lulus cemerlang dari fakulti hadis ini semenjak pertama kali di dirikan ialah seramai 1926 orang yang berasal dari 95 buah negara. Jurusan yang di tawarkan di fakulti ini ialah jurusan fiqh Sunnah dan jurusan ilmu-ilmu hadis.

Sistem Pengajian Universiti Islam Madinah:


Ø  Kaedah Pembelajaran

1. Pembelajaran Dalam Kuliah:

  • Melalui kaedah ini, pensyarah akan menyampaikan kuliah secara spontan kemudian membuka sesi untuk soal-jawab berkaitan topik yang dibincangkan. Sekiranya kurang memahami isi pengajaran yang telah disampaikan itu. Para pelajar bolehlah bertanya mengenai subtopik-subtopik yang kurang faham itu dalam sesi soal jawab yang dibuka oleh pensyarah setelah pembentangan spontan dilakukan.

2. Pembelajaran Luar Kuliah:

  • Kaedah ini berlangsung di masjid-masjid sekitar waktu Maghrib hingga Isyak. Menerusi kaedah pembelajaran luar kuliah ini, para pelajar akan mendengar kuliah dari ustaz atau masyaikh di Masjid Nabawi.

Sistem atau Tahap Perkembangan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah


  • Universiti Islam Madinah hanya menawarkan kursus yang berfokuskan kepada program pengajian Islam. Meskipun Universiti Islam Madinah hanya memfokuskan program pengajian Islam, namun ia tidak mengabaikan ilmu-ilmu teknologi maklumat. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat ini secara tidak langsung diterapkan dan disebarkan kepada para mahasiswa. Segala teknologi yang terkini sudah tidak asing lagi bagi para mahasiswa yang menuntut di universiti ini.
  • Selain itu, pelbagai pusat perkembangan dan kemahiran telah diwujudkan sebagai kemudahan untuk para mahasiswa. Segala kemudahan ini disediakan bagi meningkatkan atau mengembangkan kemahiran yang sedia ada dalam diri mahasiswa. Antara kemudahan yang dimaksudkan ialah pusat kemahiran menulis khat, pusat siber dan sebagainya. Bagi mahasiswa yang berbakat dalm seni khat. Mahasiswa tersebut bolehlah terus meningkatkan kemahiran tersebut tanpa mensia-siakan bakat yang sedia ada. Dengan adanya kemudahan seperti ini, mahasiswa Universiti Islam Madinah adalah standing dengan mahasiswa lain di serata dunia.

Aktiviti Pelajar:

Universiti Islam Madinah menyediakan pelbagai aktiviti khusus dijalankan untuk para mahasiswanya. Antaranya ialah:

  • Pertandingan Menghafal Mutun-mutun Hadis, Nahu, Faraid, Fiqh, Pertandingan Masakan Antarabangsa, Liga Antarabangsa, Pertandingan Bilik Terbaik Universiti dan lain-lain lagi.


Perbezaan Sistem Pengajian di Malaysia dengan Pengajian di Madinah:


  • Sistem pengajian di Universiti Islam Madinah pada mulanya berbeza dengan sistem pengajian yang dijalankan di Malaysia. Sekitar tahun 1999 hingga tahun 2004, Universiti Islam Madinah telah menggunakan sistem pengajian mengikut sistem semester. Dalam sistem ini, setiap mahasiswa perlu mempelajari kira-kira 14-16 subjek bagi setiap semester. Setiap semester itu diperuntukkan sebanyak 50 markah. Manakala 50 markah yang lainnya adalah diperuntukkan bagi semester yang berikutnya. Perkara ini menjadikan jumlah besar markah bagi kedua-dua semester ialah 100 markah. Perkara inilah yang menjadi asas perbandingan bahawa sistem pengajian yang digunapakai oleh Universiti Islam Madinah pada mulanya sangat berbeza dengan sistem pengajian yang digunakan di Malaysia.
  • Namun pada awal tahun 2005 hingga sekarang, sistem pengajian yang digunakan oleh Universiti Islam Madinah mula menunjukkan perubahan. Perubahan yang dilakukan dalam sistem pengajian tersebut seakan-akan sama dengan sistem pengajian di Malaysia. Dalam sistem pengajian yang baru ini, setiap pelajar hanya akan belajar sebanyak 7 subjek. Setiap subjek ini akan dinilai pada penghujung semester. Pada penghujung semester ini, jumlah markah yang dinilai ialah sebanyak 100%. Hal ini menunjukkan sedikit persamaan dalam sistem pengajian yang digunakan oleh universiti-universiti di Malaysia. Bagi semester yang seterusnya pula, setiap pelajar juga akan mengambil 7 subjek bagi satu semester. Subjek yang diambil ini juga akan dinilai pada hujung semester dengan jumlah 100%.


Testimoni Bekas Mahasiswa Universiti Islam Madinah

Testimoni 1: Ustaz Mohd Norzi bin Nasir.

Pekerjaan: Pegawai Penyelidik Hadis di Institusi Kajian Hadis, Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor.

Umur: 33 tahun.

Tempat Tinggal: Vista Putra Apartment, Bandar Seri Putra, Kajang Selangor.

Mengenai Sistem Pentadbiran:

Ustaz Mohd Norzi bin Nasir berpendapat bahawa sistem pentadbiran Universiti Islam Madinah adalah pada tahap yang terbaik. Beliau berpendapat bahawa sebagai mahasiswa yang pernah menuntut di universiti tersebut. Beliau tidak pernah mengalami sebarang kesulitan semasa berada di universiti tersebut. Mahasiswa yang ingin melakukan pelbagai urusan tidak akan menghadapi sebarang kesukaran kerana segala urusan yang ingin dilakukan hanya berlaku di dalam kawasan universiti sahaja. Segala urusan yang dilakukan berjalan dengan lancar.

·         Beliau juga ada menyatakan bahawa semua kakitangan Universiti Islam Madinah adalah lelaki. Perkara ini telah memudahkan segala urusan yang beliau lakukan. Beliau ada menyatakan bahawa berurusan mengenai urusan pentadbiran adalah lebih menyenangkan jika urusan tersebut tidak melibatkan kaum wanita. Namun demikian beliau memberi sedikit komen mengenai kemahiran yang dimiliki oleh kakitangan universiti dalam pengaturcaraan komputer dan IT. Beliau menyatakan bahawa kepakaran kakitangan dalam pengatucaraan komputer dan IT perlu diperkasaan lagi agar pentadbiran universiti akan lebih berfungsi dengan baik dan lancar daripada sebarang masalah.

Pengalaman Pengajian Ustaz Mohd Norzi:

o   Faktor Ustaz Mohd Norzi Menyambung Pengajian di Universiti Islam Madinah

Beliau mendapat galakan dan dorongan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Madinah setelah tamat pengajian di Maahad Muhammadi Lelaki, Kelantan adalah atas dorongan dan galakan daripada ahli keluarganya. Selain itu daripada itu, dorongan dan galakan yang telah diberikan menguatkan lagi semangat lagi keinginan dan impiannya untuk terus menyambung pengajiannya ke pringkat yang lebih tinggi.

o   Pembiayaan Ustaz Mohd Norzi Sepanjang Berada di Universiti Islam Madinah

Selain itu, segala pembiayaan pengajian sepanjang beliau berada di Universiti Islam Madinah adalah ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi. Menurut beliau, Universiti Islam Madinah merupakan sebuah Institusi pengajian agama terbaik berdasarkan silibus pengajian yang telah ditawarkan. Kesemua silibus pengajian yang ditawarkan agak mencabar, tetapi, dengan berbekalkan semangat belajar yang tinggi, segala kesulitan yang dihadapi dalam pelajaran dapat di atasi dengan mudah.

o   Penempatan Ustaz Mohd Norzi di Universiti Islam Madinah

Dari segi penempatan beliau di Universiti Islam Madinah, beliau dan kawan-kawan ditempatkan di asrama yang terdapat di dalam Universiti. Terdapat banyak blok asrama yang dibina di Universti tersebut dan setiap blok mempunyai 4 tingkat, dan setiap bilik akan diletakkan 3 penghuni yang berlainan negara. Tujuan diletakkan 3 orang yang berlainan negara adalah untuk membantu pelajar melancarkan kefasihan mereka bercakap dalam bahasa arab. Selain itu, setiap tingkat blok tersebut terdapat 2 buah tandas dan kami akan memasak di bahagian beranda yang telah disediakan pada setiap bilik  Keistimewaan yang terdapat di Universiti Islam Madinah yang jarang dapat Universiti lain ialah universiti Islam Madinah tiada yuran pembelajaran dan  yuran asrama. Keseluruhan pengajian disini, ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi, bahkan, Ustaz Mohd Norzi dan rakan-rakan yang lain diberi elaun setiap bulan  sebanyak 840 riyal dan disediakan tiket pergi balik percuma pada setiap tahun.

o   Hubungan Kemasyarakatan Ustaz Mohd Norzi di Antara Pelajar dan Penduduk Tempatan
Dalam pada itu juga, Ustaz Mohd Norzi menyatakan bahawa  hubungan kemasyarakatan sesama pelajar di sana sangat baik. Mereka saling berdiskusi permasalahan belajar bersama dan sering mengadakan program bersama-sama seperti pengajian tazkirah, sukaneka dan maalim sekitar Madinah, Mekah dan tempat lain di selruh Arab Saudi seperti ke Yanbu, Badar, Ris, Madain Soleh dan banyak lagi.

Selain daripada itu, beliau juga menceritakan tentang hubungan kemasyarakatan beliau dengan penduduk tempatan. Beliau menyatakan bahawa beliau sering membantu warga Malaysia yang telah lama menetap di Madinah seperti urusan katerer ke hotel-hotel bagi jemaah haji dan umrah Malaysia. Dalam pada itu juga, beliau juga pernah bekerjasama menjadi penjual kad prepaid E-Call yang diperkenalkan oleh Syarikat Telekomunikasi Malaysia dan sering berkunjung ke kedutaan Malaysia di Jeddah ketika sambutan Aidil Fitri dan hari-hari kebesaran Islam.

Selain itu, Ustaz Mohd Norzi juga sempat berkongsi tentang maklumat atau perkembangan pelajar melayu di Universiti Islam Madinah. Beliau menyatakan, sewaktu beliau belajar di sana dulu, pelajar Malaysia pada masa itu seramai 98 orang sahaja dan datang dari pelbagai negeri di Malaysia. Pelajar Indonesia pula seramai 230 orang sementara pelajar Singapura pula seramai 13 orang. Hubungan beliau sesama pelajar Asia Tenggara amat baik dan mereka salaing bertemu di kampus untuk membincangkan perihal yang berkaitan denga kandungan pengajian dan sekiranya ada masa lapang, mereka akan bersantai dan beriadah bersama.

Antara rakan sepengajian beliau semasa beliau di sana ialah Ustaz Zulhilmi bin Mohamed Nor yang sekarang ini sebagai pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia, Ustaz Khairil Husaini bin Jamil pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Ustaz Luqmanul Hakim bin Hussein Pegawai Penyelidik dan yang terakhir ialah Ustaz Mohd Farihal bin Osman pensyarah di Universiti Utara Malaysia. Kesemua rakan-rakan beliau sekarang memegang jawatan yang tinggi dan boleh dikatakan Universiti Madinah banyak mengeluarkan graduan yang bijak dan berkualiti.

o   Cabaran dan Halangan Sepanjang Menuntut di Universiti Islam Madinah

Ustaz Mohd Norzi juga sempat menceritakan tentang cabaran dan halangan sepanjang beliau menuntut di Universiti Islam Madinah. Antaranya, beliau terpaksa berjauhan daripada keluarga dan beliau juga perlu menyesuaikan diri dengan iklim dan persekitaran serta perbezaan adat mahupun tradisi masyarakat dunia Arab semenjak pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Arab. Dalam pada itu juga, beliau juga perlu menyesuaikan diri dengan silibus pengajian yang banyak dan tinggi jika dibandingkan dengan silibus yang terdapat di Malaysia. Antara perkara yang menjadi cabaran baginya ialah beliau perlu bersaing dengan rakan-rakan sepengajian yang datangh dari seluruh dunia. Cabaran terhebat lagi ialah beliau dan rakan-rakan terpaksa melepasi markah minimum untuk lulus iaitu 60 markah.

ü  Peluang:

o   Setelah menamatkan pengajian di Universiti Islam Madinah, Ustaz Mohd Norzi telah menerima pelbagai tawaran yang ditawarkan kepada beliau.

o   Tawaran ini diambil oleh beliau sebagai peluang yang terbaik dalam mencari pengalaman awal bekerja setelah menamatkan pengajian.

o   Antara tawaran  yang beliau terima ialah jawatan sebagai pensyarah sambilan di Akademi Islam, Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, KUIS pada oktober 2009. Peluang ini tidak beliau lepaskan walaupun hanya menjawat sebagai pensyarah sambilan di sana. Beliau memandang peluang yang telah diberikan ini merupakan satu peluang yang sangat bermakna dalam menempuh alam pekerjaan.

Testimoni Bekas Mahasiswa Universiti Islam Madinah: Testimoni 2:


Nama : Ustaz Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil
Pekerjaan: Felo SLAI (Akademik) di Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Umur: 28 Tahun
Tempat Tinggal: Bangi

Mengenai Sistem Pentadbiran:

·         Ustaz Asyraf Isyraqi bin Jamil berpendapat bahawa sistem pentadbiran di Universiti Islam Madinah adalah pada tahap yang baik. Namun begitu, beliau mengatakan bahawa jika ingin berurusan dengan pihak pentadbir mengenai sesuatu perkara mestilah dilakukan secepat mungkin. Hal ini, bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kelewatan. Walau bagaimanapun, sepanjang beliau berada di sana, beliau tidak pernah mengalami sebarang kesulitan. Apa yang penting, pelajar-pelajar yang ingin berurusan mestilah menguasai Bahasa Arab dengan baik.

·         Selain itu, semua pelajar yang berada di Universiti Islam Madinah adalah lelaki malah staf-staf yang bekerja di sana juga semuanya adalah lelaki. Di samping itu, kemudahan seperti portal (http://www.iu.edu.sa ) juga turut disediakan bagi memudahkan para pelajar mengetahui maklumat mengenai jadual kuliah dan sebagainya. Hal tersebut menunjukkan sistem yang ada di Universiti Islam Madinah adalah berada di tahap yang sangat baik.

Pengalaman Pengajian Ustaz Asyraf Isyraqi bin Jamil

o   Faktor Ustaz Asyraf Menyambung Pengajian di Universiti Islam Madinah

Beliau sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah sejak berada di bangku sekolah lagi. Hal ini disebabkan beliau ingin mencari ilmu di tanah haram. Beliau juga menyatakan kelebihan belajar di Madinah. Di antaranya ialah setiap amalan akan digandakan, berdekatan dengan Masjid Nabawi dan yang paling penting Rasulullah SAW banyak mendoakan kepada penduduk yang berada di Madinah.

o   Pembiayaan Ustaz Asyraf Sepanjang Berada di Universiti Islam Madinah

Selain itu, keistimewaan yang terdapat di Universiti Islam Madinah yang jarang terdapat di universiti lain ialah Universiti Islam Madinah tiada yuran pembelajaran dan  yuran asrama. Hal ini disebabkan keseluruhan pengajian di sana, ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi. Setiap pelajar diberi elaun setiap bulan  sebanyak 840 riyal, diberi elaun untuk membeli kitab dan disediakan tiket pergi dan balik secara percuma pada setiap tahun. Menurut beliau, Universiti Islam Madinah merupakan sebuah Institusi pengajian agama terbaik berdasarkan silibus pengajian yang telah ditawarkan. Sistem yang digunakan juga sama seperti sistem yang diguna pakai oleh universiti di Malaysia.

o   Penempatan Ustaz Asyraf di Universiti Islam Madinah

Dari segi penempatan beliau di Universiti Islam Madinah, beliau dan kawan-kawan ditempatkan di asrama yang terdapat di dalam universiti. Terdapat banyak blok asrama yang dibina di universti tersebut. Setiap bilik boleh dihuni oleh 2 orang pelajar, 4 orang pelajar dan 5 orang pelajar dan setiap bilik akan diletakkan 3 penghuni yang berlainan negara. Tujuan diletakkan 3 orang yang berlainan negara adalah untuk membantu pelajar melancarkan kefasihan mereka bercakap dalam Bahasa Arab. Selain itu, setiap tingkat blok tersebut terdapat 2 buah tandas dan kami akan memasak di bahagian beranda yang telah disediakan pada setiap bilik.

o   Hubungan Kemasyarakatan antara Pelajar dan Penduduk Tempatan

Dalam pada itu juga, Ustaz Asyraf menyatakan bahawa  hubungan kemasyarakatan sesama pelajar di sana sangat baik. Mereka saling berdiskusi permasalahan belajar bersama dan sering mengadakan program bersama-sama.

Selain daripada itu, beliau juga menceritakan tentang hubungan kemasyarakatan beliau dengan penduduk tempatan. Beliau menyatakan bahawa masyarakat Arab Madinah adalah antara yang terbaik. Hal ini kerana, pelaksanaan hudud telah dilaksanakan di Madinah. Oleh hal yang demikian, walaupun seorang perempuan berjalan seorang diri, ianya langsung tidak membawa kepada sebarang bahaya.

 Selain itu, Ustaz Asyraf juga sempat berkongsi tentang maklumat atau perkembangan pelajar melayu di Universiti Islam Madinah. Beliau menyatakan, sewaktu beliau belajar di sana dulu, pelajar Malaysia pada masa itu seramai 184 orang sahaja dan datang dari pelbagai negeri di Malaysia.

o   Cabaran dan Halangan Sepanjang Menuntut di Universiti Islam Madinah

Ustaz Asyraf juga sempat menceritakan tentang cabaran dan halangan sepanjang beliau menuntut di Universiti Islam Madinah. Antaranya, beliau mesti menguasai Bahasa Arab dengan baik. Beliau juga mengatakan silibus yang terdapat di Madinah lebih tinggi daripada di Malaysia. Namun begitu, belajar di Madinah tidak banyak tugasan berbanding di Malaysia. Di antara cabaran yang perlu dihadapi ialah, para pelajar mestilah rajin dan sentiasa berusaha untuk lulus kerana markah minimum untuk lulus ialah 60 markah.

Peluang:

o   Setelah menamatkan pengajian di Universiti Islam Madinah, Ustaz Asyraf telah menerima pelbagai tawaran yang ditawarkan kepada beliau.Tawaran ini diambil oleh beliau sebagai peluang yang terbaik dalam mencari pengalaman awal bekerja setelah menamatkan pengajian.

Antara tawaran  yang beliau terima ialah jawatan sekarang iaitu sebagai Felo SLAI (Akademik) di Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.


W3Schools
Mengenali Dengan Lebih Dekat Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Reviewed by Syihabudin Ahmad on Monday, November 10, 2014 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.