Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Permohonan Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar sesi 2015/2016


Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut: 

1. Pengajian Islam 

Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan. 

DAN 

Lulus Imtihan Qabul 

2. Pengajian Qiraat 

Mempunyai Diploma Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan. 

3. Ulum Islamiah

Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk enam (6) subjek berikut iaitu Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Syariah Islamiah, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan.

Anggaran Yuran Pengajian


+- USD150.00 – yuran pendaftaran dan buku untuk setahun.

Bagi pengajian di Pusat Bahasa, bergantung kepada band yang diperolehi oleh pelajar. Kos antara USD200.00 hingga USD1,000.00 termasuk buku.

Jika anda berminat, sila hubungi kami segera untuk menetapkan tarikh dan masa temujanji: 03-60397343


Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
Permohonan Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar sesi 2015/2016 Reviewed by Syihabudin Ahmad on Tuesday, March 10, 2015 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.