Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Halatuju Lepasan UPSR


"Anak saya berumur 12 tahun dan telah tamat UPSR. Adakah dia layak untuk sambung belajar di Mesir?"
Kami ditanya oleh beberapa orang ibubapa tentang hal di atas. Mereka mempunyai anak yang berminat untuk belajar agama. Tetapi anak-anak mereka itu masih lagi di usia yang kecil (12 tahun). Adakah mereka layak menyambung pengajian ke Mesir?

Maka kami mahu bertanya beberapa soalan seperti berikut:
Adakah pelajar sendiri yang berminat untuk menyambung pengajian ke Mesir?
Adakah ibubapa telah bersedia menghantar anak-anak mereka ke Mesir dalam usia yang kecil itu? 
Adakah ibubapa bersedia memberikan kami hak penjagaan dan pemantauan anak-anak mereka sepanjang berada di Mesir? 
Adakah ibubapa sanggup dan berkemampuan mengeluarkan belanja sara hidup dan pengajian sebanyak RM 700 sebulan sepanjang pelajar berada di Mesir? 
Sekiranya jawapan bagi soalan-soalan di atas ialah "Ya", maka anak-anak anda layak untuk belajar di Mesir. 

Mereka layak untuk menyambung pengajian ke Sekolah Islam Antarabangsa Al-Azhar (Ma`had Bu`uth al-Azhar) yang tidak menghadkan sebarang umur dan kelayakan. Ia adalah tempat persinggahan sebelum anak-anak anda layak menyambung pengajian di Universiti al-Azhar. 

Menurut kami, ia adalah tempat pembinaan ilmu dan akhlak yang terbaik untuk pelajar yang berminat belajar agama. 

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan Sekolah Islam Antarabangsa Al-Azhar ini, sila rujuk link berikut: 
Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
Halatuju Lepasan UPSR Reviewed by Syihabudin Ahmad on Sunday, October 04, 2015 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.