Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Maahad Buuth Al-Azhar

Kita pastinya mengenali Universiti Al-Azhar di Mesir. Ramai para ulama dan ustaz-ustaz pernah menuntut ilmu di sana. Tetapi, tahukah kita bagaimana mereka dapat menyambung pengajian di sana?

STAM? - Baca lanjut daripada Wikipedia (klik SINI)

Sesiapa yang ambil sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), maka mereka boleh sambung belajar di Universiti Al-Azhar. Tetapi... Tahukah anda bahawa STAM ditubuhkan pada tahun 2000? Sedangkan sebelum itu sudah ramai penuntut ilmu belajar di sana.

Maahad Buuth Al-Azhar





Sebelum wujud STAM, para ulama dan ustaz-ustaz kita menyambung ke Al-Azhar dengan memasuki Maahad Buuth Al-Azhar terlebih dahulu. Mereka tiada sijil-sijil yang diiktiraf, mereka masuk dalam umur yang muda-muda!


Syarat Mendaftar
  • Tiada syarat kemahiran bahasa Arab (Tidak tahu bahasa Arab pun boleh daftar)
  • Tiada syarat umur (Umur 15 tahun juga sudah layak mendaftar)
  • Tiada syarat sijil (Tiada sijil PMR, SPM, STPM, STAM juga layak mendaftar!)
  • Sihat tubuh badan (Tiada sakit kronik)
  • Berada di Mesir ketika mendaftar.
Apa itu "Maahad Buuth Al-Azhar"?

"Maahad Buuth A-Azhar" disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.

Sekolah ini bersifat "Sekolah Kebajikan" dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.

Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).



Peringkat Pengajian

Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah). 

Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, 'Lompat Kelas'.
  •     Paling lama, 6 tahun,
  •     Paling singkat, 1 tahun.
  •     Kebiasaannya, 3 tahun.


Sambung Pengajian

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan lain-lain.  Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.


Matapelajaran

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah;  Fiqh, Tauhid, Hadis, Khat, Nahu, Sorof, Insya', Tauhid, Sirah, Imla', Tajwid, al Quran, Sains, Komputer, Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis

Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.


Keistimewaan

Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,
  • Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
  • Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
  • Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
  • Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
  • Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
  • Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
  • Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.

Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.

Book an appointment with Adaptavant at Ascendas using SetMore
Maahad Buuth Al-Azhar Reviewed by Syihabudin Ahmad on Monday, November 16, 2015 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.