Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Tiada Sebarang Sijil Tetapi Mahu Belajar di Timur Tengah?

Ada beberapa orang yang datang kepada kami meminta bantuan bagi membolehkan mereka belajar di Timur Tengah. Sebahagian mereka telah berumur 33 tahun dan 52 tahun. Ada juga yang berumur 13 tahun. Mereka tidak mempunyai sijil pengajian agama tetapi sangat berminat belajar agama dan bahasa Arab. 


Bagaimana kami membantu mereka? 

Kami fokuskan masalah mereka seperti berikut: 

1- Tidak ada sijil kelayakan akademik/pengajian Islam
2- Umur terlalu muda atau terlalu berumur. 

Maka, kami cadangkan 2 tempat yang mereka layak untuk memohon. 

1- Institut Bahasa Markaz Nile, Mesir
2- Sekolah Islam Antarabangsa al-Azhar (Maahad Buuth al-Azhar)

Kedua-dua tempat di atas menerima pelajar yang mempunyai masalah sijil dan umur. 

Apa yang berbeza antara kedua-dua tempat pengajian ini?

1. Sekolah Islam Antarabangsa al-Azhar ialah sebuah institusi waqaf yang tidak memerlukan bayaran yuran pengajian. Manakala Institut Bahasa Markaz Nile pula ialah institusi swasta seperti kolej swasta yang menetapkan yuran pengajian kepada para pelajarnya (RM3000-RM5000). 

2. Tempoh belajar di Sekolah Islam Antarabangsa al-Azhar lebih lama iaitu 3 tahun atau lebih, manakala Institut Bahasa Markaz Nile pula hanya mengambil masa 1 tahun sahaja. 

Apa persamaan pula?

Persamaan kedua-dua tempat ini ialah:

1. Pengajiannya memerlukan kekuatan kewangan untuk saraan hidup setiap bulan (RM 600/bulan) dan kos penerbangan serta ketibaan kali pertama (++RM 13,000). 

Kos Penerbangan dan ketibaan merangkumi tiket kapal terbang, Visa, rumah sewa (2+1), peralatan asas, urusan di KLIA-Kaherah, urusan di Kedutaan Malaysia Kaherah, dan lain-lain yang berkaitan. 

Kos ini agak berat bagi sebahagian orang, oleh itu syarat utama untuk belajar di tempat ini ialah berkemampuan daripada sudut kewangan. 

2. Sijil Institut Bahasa diiktiraf sebagai Diploma, manakala sijil Sekolah Islam Antarabangsa al-Azhar bertaraf dunia. Kedua-duanya diiktiraf. 

3. Memerlukan kesungguhan yang tinggi untuk belajar. Minat dan keazaman membawa harapan yang tinggi merupakan tunjang utama yang menjadikan pengajian di Mesir berjaya dihabiskan.

Bagaimana jika saya berminat? 

Jika anda berminat, sila semak 2 link berikut terlebih dahulu, kemudian hubungi kami untuk urusan lanjut. 


Semoga Allah mudahkan urusan anda! Hubungi kami : 03 - 6039 7343 
Tiada Sebarang Sijil Tetapi Mahu Belajar di Timur Tengah? Reviewed by Syihabudin Ahmad on Sunday, November 01, 2015 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.