Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Kenali Mesir

Mesir di Peta Dunia


Seperti peta di atas, Mesir dikelilingi oleh negara negara Arab lain dan Mesir sendiri terletak di Benua Afrika. Keluasan negeri ini dianggarkan seluas 1,002,00 kilo meter persegi. Walaupun mempunyai keluasan yang boleh dikira begitu besar, hanya 4 % daripada jumlah keseluruhan merupakan tanah delta yang amat sesuai untuk tanaman. Manakala yang selebihnya merupakan bukit bakau dan padang pasir. 

Secara amnya, Mesir terbahagi kepada 27 muhafazah (wilayah). Dianggarkan bahawa pada masa sekarang, penduduk Mesir adalah seramai 84.5 juta orang. Namun begitu, seramai 18 juta orang bertumpu di muhafazah Kaherah yang juga merupakan ibu negara bagi Mesir. 

Suhu di Mesir boleh dikatakan berada dalam lingkungan 7 - 45 darjah celcius, Terdapat empat musim di negara ini, yang terdiri daripada :

Musim sejuk = November - Mac
Musim bunga = Mac - Jun

Musim panas = Jun - September
Musim luruh = September  - November

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Mesir. Walaupun begitu, agama lain masih lagi bebas untuk diamalkan. Dan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi dan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa kedua. Oleh sebab itu, dalam perbualan seharian dan juga dalam pelajaran di universiti sendiri, kita akan dapat melihat sedikit sebanyak pengaruh bahasa ini digunakan.

Penggunaan mata wang yang digunakan ialah LE atau juga dikenali sebagai EGP. Disebut dengan istilah Genieh.

Sungai Niel

Mesir sangat sinonim dengan Sungai Nil. Namun, adakah anda tahu cerita di sebalik sungai yang penuh dengan sejarah ini?

Berdasarkan geografinya, Sungai Nil terletak di benua Afrika dan mengairi sebanyak 9 buah negara. Negara negara yang dimaksudkan ialah Sudan, Burundi, Rwanda, Congo, Tanzania, Kenya, Uganda, Habsyah dan juga Mesir.

Sungai Nil mempunyai dua cawang utama yang dikenali sebagai Sungai Nil Biru dan Sungal Nil Putih yang bertemu di Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun dari Sudan hingga memasuki ke Mesir. Seperti yang kita sedia maklum, tamadun Mesir sejak dari zaman purba lagi sangat bergantung kepada sungai yang terpanjang di dunia ini. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota - kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan. Hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing ini. Sungai Nil berakhir di sebuah delta yang mengalir masuk ke dalam Laut Mediterranean.

Dari sudut sejarah Islamnya, Sungai Nil tidak lagi asing dengan kisah Nabi Musa a.s dihanyutkan oleh ibunya semasa baginda masih bayi. Dan juga kisah di mana Khalifah Umar mengirim surat kepada Sungai Nil rentetan daripada peristiwa keringnya air di Sungai Nil.

Universiti di Mesir

Secara umumnya, terdapat 8  universiti yang sering menjadi pilihan dalam kalangan pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran di Mesir ini.

Universiti Kaherah menawarkan kos pengajia Islam, perubatan dan pergigian. Namun begitu, kebiasaannya, hanya kos Perubatan menjadi pilihan bagi mereka yang menjadikan universiti ini sebagai pilihan mereka.

Selain itu, Universiti Ain Shams atau juga dikenali sebagai ASU merupakan pilihan yang lain bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan di sini.

Sedikit kelainan di Universiti Al Azhar berbanding dua universiti di atas, pilihan kos yang ditawarkan ialah perubatan, farmasi dan juga pergigian. Malahan, universiti ini turut mengasingkan universiti bagi mahasiswa dan mahasiswi, Bukan itu sahaja,bagi universiti untuk mahasiswa, terdapat 10 cawangan  di seluruh  Mesir. 10 cawangan ini terletak di Kaherah, Mansurah, Damanhur, Zagazig, Tanta, Dumyat, Shibin el-Kom, Itai el-Baru dan juga Tahfana. Namun begitu, hanya cawangan di Kaherah yang menawarkan kos perubatan,farmasi dan pergigian manakala cawangan lain menawarkan kos Pengajian Islam. Berbeza dengan universiti untuk mahasiswi, hanya terdapat 3 cawangan yang terletak di Kaherah, Mansurah dan Iskandariah. Sama seperti mahasiswa, hanya cawangan Kaherah menawarkan kos perubatan, pergigian dan farmasi. Kesemua universiti yang dinyatakan terletak dalam muhafazah Kaherah.

Seterusnya, Universiti Alexandria yang berada dalam muhafazah Iskandariah. Menawarkan kos perubatan dan juga pergigian, universiti ini turut terkenal dalam senarai pilihan pelajar Malaysia.

Universiti Mansoura merupakan universiti yang terletak di muhafazah Mansurah. Terkenal kerana menawarkan dua jenis sistem pembelajaran iaitu Conventional dan Twinning Program With Manchester, universiti ini ternyata termasuk dalam senarai pilihan terkemuka. Pilihan kursus yang ditawarkan di universiti ini ialah perubatan,pergigian dan juga farmasi.

Universiti Tanta yang turut menawarkan kursus perubatan dan juga pergigian, sering kali juga menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pelajaran. Terletak di muhafazah Tanta.

Seterusnya, Universiti Zagazig. Menawarkan kos perubatan,dan juga farmasi. Terletak di muhafazah Zagazig. Mempunyai dua pilihan kursus ternyata menjadikan Universiti Zagazig tidak lagi asing dalam kalangan pelajar Malaysia.

Universiti Assiut. Terletak di muhafazah Assiut. Menawarkan kos pergigian buat masa sekarang memandangkan penempatan pelajar Malaysia di universiti ini baru sahaja dilakukan pada sesi pembelanjaran 2012/2013.

Pengangkutan

Ramsis Station atau dikenali sebagai Medan Ramsis, tidak lagi asing bagi mereka yang menetap di Mesir. Ini kerana medan Ramsis merupakan pusat perhubungan antara muhafazah yang terdapat di Mesir. Di sini terletaknya stesen metro, stesen bas dan juga stesen tremco. Kesemua ini merupakan pengangkutan awam yang popular selain daripada teksi.

Metro yang dimaksudkan di Mesir ini jika dibandingkang dengan sistem pengangkutan di Malaysia, ianya hampir sama dengan sistem KTM dan juga LRT. Metro sememangnya merupakan pilihan utama bagi mereka yang ingin mengelakkan kesesakan jalan raya di Mesir. Bukan itu sahaja, faktor tambang yang sangat murah juga memberi kesan mengapa ia sentiasa menjadi pilihan.

Tremco pula merupakan pengangkutan yang sentiasa dipilih sekiranya pelajar di sini ingin perjalan ke muhafazah lain dan juga jika ingin bergerak dalam satu kumpulan yang ramai. Tambang yang dikenakan juga tidaklah semahal tambang teksi. Bukan itu sahaja, tremco juga sering kali dijadikan sebagai pengangkutan untuk ke universiti bagi mereka yang tinggal agak jauh dari lokasi universiti.


Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.

Book an appointment with Adaptavant at Ascendas using SetMore
Kenali Mesir Reviewed by Syihabudin Ahmad on Friday, December 25, 2015 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.