Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Permohonan ke Universiti Puteri Nourah binti Abdul Rahman, Arab Saudi sesi 1437/1438H



Universiti Puteri Naurah binti Abdul Rahman mengumumkan pembukaan permohonan bagi pemohon yang tidak berasal daripada Negara Arab Saudi bagi sesi pengajian 1437H/1438H. permohonan dibuka bermula pada hari Ahad 21/4/1437H yang bertepatan 31 Januari 2016 sehingga hari Khamis 9/5/1437H bertepatan 18 Febuari 2016. Permohonan pada selain daripada tarikh berkenaan tidak akan dilayan.

Syarat Permohonan:
  • 1. Pemohon hendakalah mempunyai sijil menengah umum (SPM) atau yang setara dengannya. Ia perlu diterjemahkan jika tidak ditulis di dalam bahasa Arab.
  • 2. Mempunyai persetujuan daripada Negara pemohon untuk belajar di Arab Saudi (Surat Clearance Letter daripada Kementerian Pengajian Tinggi)
  • 3. Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • 4. Sijil menengah (SPM) mesti tidak melebihi 5 tahun.
  • 5. Passport yang masih aktif.
  • 6. Umur diantara 17 sehingga 25 tahun.
  • 7. Mempunyai kesihatan yang baik (Sertakan Medical Check-Up)
  • 8. Semua sijil dan dokumen disahkan oleh wakil kedutaan Arab Saudi di Negara masing-masing.
  • 9. Mendapat surat tiada jenayah daripada pasukan keselamatan (Polis)
  • 10. Mempunyai sekurang-kurang dua surat sokongan (Tazkiyah)
  • 11. Pemohon tidak pernah gagal di mana-mana university Arab Saudi
  • 12. Pemohon mestilah mempunyai Mahram yang telah mendapat visa Arab Saudi sama ada sebagai pelajar atau pekerja.
  • 13. Melakukkan pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Arab Saudi
  • 14. Keputusan sijil menengah tidak kurang daripada Jayyid Jiddan.


Dokumen yang diperlukan
  • 1. Sijil menengah atau yang setaraf dengannya
  • 2. Transkrip keputusan sijil menengah atau yang setarafnya
  • 3. Surat akhlak baik (Husnul Sirah wal Suluk) daripada sekolah
  • 4. Passport yang aktif
  • 5. Visa mahram yang aktif
  • 6. Surat Clearance Letter daripada Kementerian
  • 7. Surat tiada halangan jenayah
  • 8. Medical Checkup yang tidak lebih 3 bulan.
  • 9. 2 surat sokongan (Tazkiyah)
  • 10. Pengesahan mahram daripada kedutaan Arab Saudi di Negara pemohon yang mengandungi nama mahram, nombor visa, nama pemohon serta nombor passport. Disebut juga hubungan kekeluarga atau perkahwinan sekiranya mahram adalah suami pemohon.
  • Peringatan:
  • 1. Bersetuju mengikuti undang-undang visa Arab Saudi
  • 2. Dikumen yang tidak lengkap akan diabaikan.
  • 3. Hantar ke link yang ditetapkan dengan format JPEG atau PDF
  • 4. Pemohon berjanji memberikan dokumen yang benar, jika didapati pembohongan maka permohonan akan diabaikan.
  • 5. Kesemua dokumen yang tidak di dalam bahasa Arab hendaklah diterjemahkan
  • 6. Pemohon bertanggungjawab menjaga nombor permohonan yang didapati selepas memohon.
  • 7. Permohonan dan keputusan penerimaan adalah secara elektronik.
  • 8. Bersedia untuk hadir pada waktu yang ditentukan apabila diterima.
  • 9. Bersedia memberikan kesemua dokumen apabila keputusan penerimaan diumumkan. Universiti berhak untuk membatalkan permohonan apabila dokumen tidak diterima.
  • 10. Pemohon tidak boleh membawa anak atau adik beradik apabila diterima.
  • 11. Tidak bekerja luar.
  • 12. Permohonan hanya dibuat sekali sahaja supaya tidak berlaku kekeliruan.
  • 13. Pemohon yang tidak bercakap Arab akan ditempatkan terlebih dahulu di Institut Bahasa Arab. Setelah tamat di institute berkenaan barulah beliau akan layak ke peringkat university.
  • Kuliah yang ditawarkan ialah semua kuliah yang ada di university melainkan kuliah perubatan yang tidak dibukan kepada warga luar.




 Link permohonan akan dimaklumkan pada hari dibuka permohonan iaitu 31 Januari 2016. (LINK)
Permohonan ke Universiti Puteri Nourah binti Abdul Rahman, Arab Saudi sesi 1437/1438H Reviewed by Syihabudin Ahmad on Thursday, January 28, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.