Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Persijilan Bahasa Arab (SBA2016)



Pengenalan

Kursus ini ditawarkan oleh KOMUNITI PENTERJEMAH ANTARABANGSA (MALAYSIA) dengan kerjasama Mauizah Resources

Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami teks-teks ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis serta ilmu-ilmu agama. Boleh dikatakan bahawa kursus ini merupakan kursus bahasa Arab untuk tujuan khas, iaitu memahami ajaran Islam melalui pemahaman bahasa Arab yang terdapat dalam sumber dan kitab-kitab agama.

Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada kemahiran bahasa Arab mengenai kehidupan peribadi dan perkara-perkara asas dan umum seperti pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya. Seterusnya penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam buku-buku agama seperti syariah, usuludin dan sebagainya, di samping pengenalan kepada ilmu balaghah. Sepanjang program ini, struktur-struktur nahu Arab akan diajar secara praktikal beserta latihan-latihannya.

Nota pengajaran yang mengandungi teks pengajian disediakan. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam pada masa yang sama.

Objektif

Memahami dan mendalami bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat dan kitab-kitab agama, di samping mengetahui struktur nahu Arab serta berkebolehan dalam kemahiran bahasa Arab.

Struktur Kursus

Kursus ini ditawarkan mengikut 6 peringkat berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengikut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama 40 jam bagi 1 peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.

Modul Pengajian

  • Peringkat 1 (Bahasa Arab Asas 1)

Kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap mengenai kehidupan peribadi, pendidikan, kemasyarakatan, dan kesihatan.

Fokus: Hafalan & Praktikal Lisan
  • Peringkat 2 (Bahasa Arab Asas 2)

Struktur asas Nahu & Sorof Bahasa Arab daripada Ibadah Solat. 
Fokus: Penulisan dan Kefahaman Struktur
  • Peringkat 3 (Bahasa Arab Pertengahan 1)

Struktur pengembangan ayat berdasarkan ayat al-Quran pilihan.
Fokus: Memahami serta mempraktikkan sistem penulisan Arab.
  • Peringkat 4: (Bahasa Arab Pertengahan 2)

Struktur pengembangan ayat berdasarkan al-Hadis pilihan.
Fokus: Memahami serta mempraktikkan sistem penulisan Arab.
  • Peringkat 5: (Bahasa Arab Tinggi 1)

Struktur pengembangan ayat berdasarkan penulisan ulama-ulama moden.
Fokus: Memahami serta mempraktikkan sistem penulisan Arab.
  • Peringkat 6: (Bahasa Arab Tinggi 2)

Komunikasi Bahasa Arab di dalam komunikasi umum.

Setiap 2 peringkat, peserta mesti mengambil ujian lisan bagi kelayakan untuk peringkat seterusnya.

Jadual Program

Kursus dijalankan secara separuh masa selama 40 jam bagi setiap peringkat. Persijilan ini mempunyai 6 peringkat.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tempat Kuliah : Pejabat Mauizah Resources, No 9AF, SU Mall, Jalan Bidara 8, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. 

Masa Kuliah : Rabu dan Khamis (8.00 Malam – 10.00 Malam) atau pada tarikh dan masa yang akan dibincangkan bersama pembimbing. 

Kaedah Penilaian

Peperiksaan : 100%

Peperiksaan akan diadakan pada penghujung setiap peringkat.

Syarat Kemasukan

  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
  • Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.

Yuran Pengajian

Yuran bagi setiap peringkat adalah seperti berikut :

Yuran Ujian Peringkat : RM 50
Yuran Pendaftaran & kad Pelajar: RM 50
Yuran Buku dan Bahan Pengajian: RM 100 bagi setiap peringkat
Yuran Pengajian : RM 500 bagi setiap peringkat. 

Yuran dibayar pada setiap permulaan peringkat baharu. 

Cara Memohon

1. Isikan maklumat peserta: (Klik
2. Hadir ke pejabat Mauizah Resources untuk menghantar borang maklumat pelajar
3. Bayar yuran pendaftaran dan ujian penentuan peringkat (RM 100) 

Anda akan diberikan surat tawaran dalam tempoh 1-2 minggu daripada tarikh pendaftaran. 

Persijilan Bahasa Arab (SBA2016) Reviewed by Syihabudin Ahmad on Thursday, February 25, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.