Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Halatuju Lepasan SPM 2016 di 6 Negara Islamik Istimewa!

Alhamdulillah keputusan SPM tahun 2016 diumumkan pada 3 Mac 2016. Pasti ramai lepasan SPM yang pening memikirkan arah tuju selepas mendapat keputusan. 

Jadual di bawah mungkin boleh membantu anda!




Daripada jadual tersebut, kita akan faham bahawa arah tuju yang utama ialah bekerja atau sambung belajar. Maka di sini kami mahu berkongsi berkaitan peluang lepasan SPM menyambung pengajian di 6 Negara Islamik Istimewa!

1. Mesir




Di Mesir, terdapat 2 cabang utama pengajian. Pertama, pengajian Islam, kedua; perubatan, farmasi atau pergigian. 

Pengajian Islam

Syarat untuk pengajian Islam ialah mendapat kelulusan STAM sekurang-kurangnya pangkat Maqbul. Maka kena ambil STAM dahulu.

Ada jalan lain untuk belajar di Universiti al-Azhar tanpa menggunakan sijil STAM. Iaitu masuk terus ke Fakulti Ulum Islamiyyah. Tetapi kami tidak cadangkan ke situ. Nak tahu sebab apa? Kena call kami sendiri untuk berkongsi pandangan yang ‘kritis’!

Ada jalan lain? Ada. Iaitu masuk ke Maahad Buuth al-Azhar. Pengajian di Maahad Buuth al-Azhar biasanya selama 3 tahun. Tetapi 3 tahun yang begitu berkualiti. Cuma, sijil SPM tidak diambil kira. Maahad Buuth al-Azhar mementingkan kualiti berbanding sijil. Anda boleh jelajah dengan lebih lanjut tentang Maahad Buuth al-Azhar di link berikut: Maahad Buuth al-Azhar, Mesir.

Perubatan, Farmasi, Pergigian.


Perubatan di Mesir antara tempat pengajian yang terbaik di dalam menjadikan para doktor yang berkaliber. Lagipula, sijil daripada universiti-universiti Mesir diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Ada agensi swasta yang menguruskan penempatan tetapi lebih selamat untuk menguruskan berdasarkan saluran Yayasan Negeri masing-masing. Selepas dapat sijil SPM, terus hubungi yayasan negeri. Daripada sudut penerbangan, penempatan pelajar biasanya diuruskan oleh pihak yayasan. Tetapi jika anda mempunyai masalah itu, maka boleh hubungi kami. Kami akan bantu.

Semua dokumen perlu diuruskan melalui jalan Kementerian Pengajian Tinggi. Kami tidak syorkan anda menguruskan dokumen melalui agensi kerana selalu ada isu yang pelik-pelik. Jika berurusan dengan KPT, segala urusan dokumen sehingga ia dihantar ke pihak universiti ialah atas tanggungjawab KPT. Biasanya KPT akan menjalankan tugas dengan baik. Al-maklumlah, mereka mewakili kerajaan Malaysia.

Apa yang lebih penting ialah anda mesti mempunyai kelayakan minima yang telah ditetapkan. Jika tidak ada, maka lupakan hasrat ke Mesir.

Apakah kelayakan itu?

“Memperolehi sekurang-kurangnya GRED B dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.”

2. Jordan




Jika nak pergi Jordan, sekarang cuma ada 2 jalan sahaja. Pertama: SPM dan kedua: Diploma.
Jordan juga seperti Mesir mempunyai pelan pendidikan Pengajian Islam dan Perubatan. Tetapi lebih istimewa ia mempunya pengajian Perbankan Islam.

Apa syaratnya?

Perubatan & Pergigian


Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM

DAN

Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi di peringkat SPM.

Pengajian Islam


Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM

DAN

Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab Tinggi dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat SPM.

Cara nak pergi ke Jordan mudah sahaja. Apabila keputusan dah dapat, maka hubungi kami untuk panduan arah tuju. Selepas itu kita akan buat permohonan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Bila dapat surat tawaran dalam bulan 6 atau 7, maka bersedia berlepas ke Jordan pada bulan September. Semua dokumen kita KPT akan uruskan. Mudah sahaja.

Namun.. isu besar bagi ramai pelajar ialah kewangan. 1 JD bersamaan RM 6.50. maksudnya duit Jordan lebih besar daripada Malaysia. Bermakna, kosnya juga besar. Sara hidup maksima boleh sampai RM 1,500 sebulan (mengikut anggaran KPT).

Nasihat kami, jika anda ada kekuatan kewangan atau tajaan, maka dengan senang hati dijemput memohon ke Jordan. Ramai ulama mendapat manfaat ilmu di sini.

3. Arab Saudi.




Anda mahu pelajaran percuma? Tanggungan sara hidup bulanan? Hostel disediakan? Makan minum terjaga? Dapat tiket kapal terbang dua hala? Mahu mudah mengerjakan haji dan umrah? Maka dijemput memohon ke universiti-universiti di Arab Saudi.

Ada 22 Universiti yang membuka tawaran kepada pelajar SPM seperti kita. Jadi, anda boleh rebut peluang itu. Tetapi perlu diingatkan. Anda akan terus berhubung dengan universiti, maka tiada orang tengah yang dapat membantu anda sehingga boleh confirm diterima. Maka, mohon sahaja, lalu bertawakkal kepada Allah!

Jika anda mahu belajar agama, maka di Arab Saudi mempunyai Universiti Islam Madinah dan Universiti Ummul Qura yang terkenal di seluruh dunia!

4. Maghribi




Peluang belajar agama dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda di Maghribi hanya terbuka kepada orang yang ambil SPM pada tahun semasa sahaja. Jika tahun ini, maka pelajar SPM 2015 sahaja yang layak memohon. Yang lain tak layak.

Bahkan, yang akan diterima hanya 15 orang sahaja! Jadi, jika berminat, segera ulang tengok kelulusan. Jika bagus, ayuh mohon!

Kos sara hidup lebih kurang pelajar di Al-Azhar, Mesir. Bahkan, jika ada bayaran yuran pengajian hanya sedikit sahaja.

5. Turki

Pengajian yang anda boleh fokus di Turki hanya perubatan sahaja. Kerana itu sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Cepat mohon, mereka sedang buka permohonan dan akan tutup tidak lama lagi!

6. Qatar

Qatar Universiti akan berikan tiket kapal terbang, penginapan, dan biasiswa penuh yang lain. Pengajian di sini lebih kepada Enginering, Perniagaan, Pendidikan, Farmasi, Psikologi, Pengajian Islam dan Perubatan.

Itu sebahagian tempat yang anda boleh mohon. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, sila hubungi kami untuk bertemu dengan Perunding Pendidikan Profesional kami: 03-60397343. Atau WhatsApp: 017-3836156. 

Halatuju Lepasan SPM 2016 di 6 Negara Islamik Istimewa! Reviewed by Syihabudin Ahmad on Wednesday, March 02, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.