Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Permohonan Untuk Ke Timur Tengah



1. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2016/2017 perlu membuat permohonan secara atas talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah. 

2. Permohonan atas talian akan dibuka pada 04 Mac 2016 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 18 Mac 2016 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan dalam talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 April 2016 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

3. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui dalam talian dan dokumen yang lengkap dihantar kepada KPT. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

4. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

Dokumen-dokumen penting: (Sila klik pada pautan di bawah)



Senarai Semak



Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan permohonan, anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada Educational Consultant Mauizah Resources. Sila hubungi 03-60397343 untuk membuat temujanji. Atau Whatsapp kepada 017-3836156.

Istimewa!!

Anda mengalami masalah pengiraan peratus keputusan? Kami telah sediakan sistem yang mudah untuk anda! Sila download di link berikut: SISTEM KIRAAN PERATUS KEPUTUSAN SPM


Permohonan Untuk Ke Timur Tengah Reviewed by Syihabudin Ahmad on Friday, March 04, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.