Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Maahad Buuth al-Azhar 2017/2018



Apakah Maahad Buuth?

Maahad Buuth Al-Islamiah Al-Azhar adalah sebuah institusi yang setaraf dengan peringkat menengah antarabangsa yang diurus selia oleh Institusi al-Azhar yang terkenal dengan Universiti al-Azhar.

Tahap Pengajian : 

Maahad Buuth mempunyai 2 tahap iaitu I`dadi dan Sanawi. Setiap tahap mempunyai 3 peringkat. Pada peringkat 2 I`dadi dan 5 Thanawi akan diadakan peperiksaan khas bagi membolehkan melangkah setahun. 

Tempoh Pengajian : 

Sekalipun pengajian di Maahad Buuth mempunyai 6 peringkat, dan setahun bagi setiap peringkat, pelajar jarang menghabiskan pengajian sehingga 6 tahun. Kerana ia waktu yang maksima. Kebiasaannya pelajar Malaysia belajar di Maahad Buuth selama 3 tahun, kemudian menyambung pengajian di Universiti al-Azhar selama 4 tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda. 

Kemasukan Pelajar :

Apabila nama pelajar didaftar masuk oleh pihak agensi dan telah diumumkan di Maahad, maka pelajar dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital Universiti. Kemudian, pelajar akan diminta untuk menghadiri satu peperiksaan penentuan peringkat pengajian (Tahdid Mustawa). Kebiasaannya peperiksaan tersebut dibuat pada bulan 9, 10, atau 11. 

Bagi pelajar baru, mereka akan mula belajar pada awal Disember. Manakala bagi pelajar lama, mereka akan memulakan sesi pengajian pada bulan September atau Oktober. 

Pada 2015, para pelajar telah diwajibkan untuk memasuki Pengajian Khusus (Dirrassah Khassah) selama satu tahun. 

Syarat kemasukan :

1. Tiada rekod jenayah di Mesir
2. Tiada HIV AIDS

Sambung Pengajian :

Selepas tamat di Maahad Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi dan lain-lain.  Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.

Bahkan, sebahagian pelajar yang diuruskan oleh Mauizah Resources juga diterima masuk ke universiti-universiti di Malaysia secara terus di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.

Matapelajaran :

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah; Fiqh, Tauhid, Hadis, Khat, Nahu, Sorof, Insya', Tauhid, Sirah, Imla', Tajwid, al Quran, Sains, Komputer, Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis.

Waktu Kelas :

Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza. 6 hari satu minggu dan bercuti hanya pada hari Jumaat sahaja.

Keistimewaan

 Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,

Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.

Kebiasaannya pelajar yang diuruskan oleh Mauizah Resources akan berangkat ke Mesir lebih awal dari tarikh peperiksaan. Jadi, tempoh itu digunakan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa pelajar. Mereka akan dimasukkan ke Kursus Bahasa Arab – Markas Nil, Kaherah dengan kos bayaran yuran ditanggung oleh ibubapa.

Suasana:

Berikut ialah sebahagian daripada gambar-gambar suasana Maahad Buuth Lelaki dan Perempuan.

Suasana Maahad Buuth


Berminat?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengajian di Maahad Buuth al-Azhar, sila hubungi pejabat urusan untuk urusan temujanji dengan pegawai penerangan kami. 

Call: 03-60397343
WhatsApp: 018-6642687

Maahad Buuth al-Azhar 2017/2018 Reviewed by Syihabudin Ahmad on Wednesday, January 04, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.