Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Bagaimana Kami Menguruskan Pelajar?

Sebelum menyebutkan tentang cara kami menguruskan pelajar di Mesir, adalah lebih baik untuk anda mengetahui matlamat kami di dalam pengurusan ini.

“Memudahkan Urusan Pelajar Untuk Menuntut Ilmu dan Berjaya!”

Kami mahu supaya pelajar yang minat untuk belajar mendapat tempat yang dikehendaki. Mereka juga tidak akan tersilap di dalam membuat keputusan. Seterusnya, apabila mereka sampai di tempat belajar, mereka tidak leka daripada niat awal ke Mesir. Mereka akan dipastikan untuk menjadi penuntut ilmu yang sebenar.

Konsultasi

Apabila para pelajar dan ibubapa menyatakan minat untuk belajar di Mesir sama ada dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, Persijilan Maahad Buuth al-Azhar dan sebagainya, mereka diwajibkan untuk mendapatkan sesi kaunseling pendidikan. Pihak perunding pendidikan kami akan menjelaskan secara terperinci berkenaan kesesuaian tempat pengajian yang dipilih, maklumat universiti, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Setelah pelajar dan ibubapa pulang, mereka diberikan masa selama 15 hari untuk memberikan keputusan kepada kami. Jika dalam tempoh itu kami tidak menerima sebarang maklumat, maka semua dokumen yang pernah diberikan kepada kami akan dihapuskan. Sekiranya ibubapa dan pelajar mahu meneruskan urusan selepas tarikh berkenaan, mereka hendaklah memberikan dokumen baharu dan mereka akan mendapat sebut harga terbaru.

Pembayaran


Apabila ibubapa pelajar bersetuju untuk anaknya diuruskan di bawah Mauizah Resources, maka mereka hendaklah membuat pembayaran penuh sebelum berlepas. Sekurang-kurangnya 1 bulan 15 hari sebelum bertolak.

Perhatian:

1- Apabila pembayaran dibuat, pihak Mauizah menganggap pihak ibubapa/penjaga telah memahami tujuan pembayaran berkenaan. Penjelasan lanjut berkaitan bayaran selepas itu, tidak sepatutnya wujud lagi. Ibubapa/penjaga berhak untuk mendapatkan penjelasan secara detail sebelum membuat bayaran.

2- Urusan berkaitan kewangan, kami tidak akan berurusan dengan pelajar. Kami hanya berurusan dengan ibubapa/penjaga. Maka apabila ada urusan berkiatan itu, ibubapa sendiri hendaklah terus menghubungi pejabat urusan untuk mendapatkan penjelasan.

Pengurusan Penerbangan

Pihak Mauizah Resources akan menguruskan pembelian tiket. Sekiranya pelajar pergi secara berkumpulan sekitar 10-15 orang, pihak Mauizah akan menyediakan seorang travel guider untuk membantu pelajar sepanjang penerbangan daripada Malaysia ke Kaherah.

Pre-Departure

Sebelum bertolak, pelajar akan berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 3 jam sebelum bertolak. Pihak pengurusan akan memberikan taklimat sepanjang penerbangan kepada para pelajar. Pihak pengurusan juga akan membantu daripada sudut bagasi, check-in dan sebagainya.

Ketibaan di Mesir

Apabila pelajar tiba di Mesir, para penyelia dan pekerja kami di Mesir akan menjemput pelajar  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Pelajar akan dibawa ke rumah penginapan masing-masing. Mereka akan dibahagikan kenderaan mengikut penginapan masing-masing. Para penyelia rumah akan diperkenalkan kepada mereka.

Rumah Penginapan

Pelajar akan dimasukkan ke rumah penginapan. Sebuah rumah terdiri daripada maksima 7 orang pelajar termasuk seorang penyelia. Setiap pelajar akan disediakan peralatan berikut yang menjadi milik peribadi mereka:
  • Sebuah katil (single)
  • Sebiji tilam (Single)
  • Sebiji bantal
  • Sebuah kipas
  • Sebuah almari
  • Di rumah berkenaan juga, pelajar akan dilengkapkan peralatan-peralatan utama seperti mesin basuh, peti ais dan dapur. Tetapi peralatan ini adalah milik pihak pengurusan. Pelajar bertanggungjawab menjaga barang berkenaan. Sebarang kerosakan yang disebabkan kecuaian pelajar akan menyebabkan mereka menanggung kos baik pulih.

Di setiap rumah akan ada seorang penyelia yang bertugas untuk memantau aktiviti pelajar dan memberikan laporan kepada ibubapa secara rutin. Antara laporan yang akan diberikan ialah:
  • Rekod Kehadiran Ke Institut
  • Rekod Pencapaian Pengajian Pelajar
  • Rekod Penyeliaan Makan Minum
  • Rekod Jadual Aktiviti Harian
  • Rekod Penyeliaan Kerja Rumah (Homework)
  • Rekod Penyeliaan Bil
  • Penyeliaan Kebersihan Rumah
  • Laporan secara bertulis dan berformat akan diberikan kepada ibubapa pelajar setiap bulan.

Sistem Rumah ‘Bujang’

Pihak pengurusan Mauizah Resources percaya bahawa Sistem Rumah Bujang lebih baik berbanding Sistem Asrama. Justeru itu, kami membahagikan pelajar kepada rumah-rumah bujang. Apakah manfaat utama daripada rumah bujang?

Pengalaman kami sejak 2009 membuktikan pelajar yang tinggal di rumah bujang lebih cepat mahir komunikasi bahasa Arab. Bahkan, kebiasaannya pelajar akan mahir dalam kurang 3 bulan daripada tarikh ketibaan mereka. Mereka  juga lebih cemerlang dalam pendidikan.

Bagaimana Rumah Bujang membantu Pelajar?

  • Para pelajar disusun jadual memasak bagi waktu makan yang utama iatu Makan Tengah Hari dan Petang. Pelajar yang bertugas akan ke pasar untuk membeli barang-barang  memasak seperti ikan, ayam, gula, garam, dan sebagainya. Ia menyebabkan praktikal bahasa yang wajib dan kerap.
  • Kejiranan pelajar ialah kejiranan Arab. Mereka akan sentiasa bertegur sapa dengan orang Arab yang berada di sekitar rumah. Bahkan, kadang kala masyarakat Arab yang baik ini menjemput pelajar  ke rumah mereka sebagai tetamu.
  • Pelajar akan ke tempat pengajian dengan menaiki pengangkutan awam. Kecekapan bahasa dan kemahiran hidup di Mesir amat diperlukan untuk tujuan ini. Dalam tempoh 2 minggu selepas ketibaan, biasanya pelajar telah dapat membiasakan diri.
  • Pelajar akan lebih terdedah kepada aktiviti luar seperti sistem pengajian Talaqqi di masjid-masjid dan institut. Mereka akan masuk belajar dengan guru-guru Arab secara langsung. Ini akan dapat menambahkan nilai ilmu di dalam diri mereka.
  • Pelajar yang tinggal di rumah bujang lebih baik daripada sudut survival di Mesir.
  • Namun, sebahagian ibubapa bimbang anak-anak mereka terbiar apabila duduk di rumah bujang. Maka, pihak Mauizah Resources telah mengambil inisiatif mewujudkan penyelia bagi setiap rumah. Dengan adanya penyelia, pelajar akan lebih terurus.

Peranan Ibubapa/Penjaga


Setiap ibubapa akan dimasukkan di dalam grup whatsApp penjaga bagi setiap rumah. Di situ, penyelia akan mengemaskini maklumat tentang pelajar secara rutin. Ibubapa juga boleh terus memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka mempunyai cadangan pembinaan di dalam pengurusan.

Sampai Bilakah Kami Menguruskan Pelajar?


Apabila ibubapa memohon kepada kami dengan mengisi surat pemberhentian pelajar, kemudian membuat bayaran tunggakkan (jika ada), maka pelajar dikira berhenti daripada pengurusan kami. Ia juga bermaksud, pelajar tidak akan lagi diselia oleh kami secara rutin. Sekiranya mereka memerlukan penyeliaan, mereka perlu membuat bayaran khusus.

Kami lebih suka mencadangkan kepada ibubapa untuk datang ke pejabat di Sungai Buloh untuk membincangkan isu pemberhentian itu sebelum keputusan diambil. Kami akan berikan pandangan kami berdasarkan pengalaman menguruskan pelajar berkenaan. Sekiranya pelajar dilihat telah bijak berdikari, maka kami tidak akan menghalang mereka untuk diuruskan oleh penjaga atau sendiri.

Sekiranya isu-isu di atas tidak berlaku, maka perkhidmatan kami akan tamat sehingga pelajar tamat belajar di institusi terlibat.

Bagaimana Kami Menguruskan Pelajar? Reviewed by Mauizah Resource on Tuesday, November 29, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.