Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Ijazah Pengajian Islam & Kedoktoran – Jordan

Kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi untuk Jordan adalah, bumi ini merupakan bumi para Anbiya. Kedudukan Jordan yang berada di tengah-tengah, antara Palestin, Mesir, Arab Saudi, Syria, Turki dan sebagainya membuatkan pelajar-pelajarnya mempunyai peluang mengembara yang tinggi dan mudah.

Tanah Jordan ini juga dipenuhi dengan maqam para sahabat, tempat-tempat bersejarah seperti Petra, makam ashabul kahfi, medan peperangan Yarmouk, medan peperangan Mu’tah dan Laut Mati, tempat-tempat yang cantik seperti Wadi Ram, Wadi Mujib, Aqaba dan banyak lagi.

Kehidupan pelajar melayu di Jordan merupakan kehidupan yang mempunyai kesatuan yang kuat, dan organisasi pelajar-pelajarnya selaras bergerak dalam keadaan yang sangat harmonis dan kemas. Semua pelajar dinaungi oleh Kedutaan Malaysia, kemudian di bawah kedutaan wujud Malaysian Student Department(MSD) yang menguruskan keadaan pelajar di seluruh Jordan. Di bawah MSD, terdapat satu organisasi dari kalangan pelajar yang mengurus laraskan semua organisasi yang wujud di Jordan. Organisasi itu bernama MPPMJ(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan)

Ramai daripada kalangan ulama-ulama terkemuka dan doktor-doktor pakar di Malaysia telah menuntut ilmu di Jordan, bumi bertuah ini

PERMOHONAN

Permohonan melanjutkan pengajian ke Jordan bagi subjek perubatan, pergigian, serta Pengajian Islam (menggunakan Sijil SPM atau Diploma) hendaklah dibuat melalui saluran online dan manual pada tarikh yang dinyatakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPM). Biasanya pada bulan 3 atau 4.

Pihak Mauizah Resources sedia membantu pelajar menguruskan dokumen serta menyiapkan urusan keberangkatan ke Jordan.

SYARAT & KELAYAKAN

Pengajian Islam (Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Perbankan Islam dan Pengajian Islam): Mempunyai SPM dengan Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM DAN Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab Tinggi dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat SPM.

Perubatan & Pergigian: Mempunyai SPM dengan Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM DAN Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi di peringkat SPM.

ANGGARAN KOS PENGAJIAN SETAHUN


  • Universiti Jordan: Pengajian Islam :USD 7,740, Perbankan Islam: USD 10,890, Perubatan & Pergigian: USD 28,440,
  • JUST: Perubatan: USD 22,876, Pergigian: USD 18,826
  • Universiti Yarmouk: Pengajian Islam & B. Arab : USD 3,094, Perbankan Islam: USD 3,735
  • Universiti Mu`tah: Pengajian Islam & B. Arab: USD 4,702
  • Universiti Al-Albayt: Pengajian Islam & B. Arab: USD 3,456


COURSE FEATURES
 Lectures 0
 Quizzes 0
 Duration 4 Years
 Skill level SPM/GSCE
 Language English/Arabic
 Students 27
 Assessments Self

Ijazah Pengajian Islam & Kedoktoran – Jordan Reviewed by Mauizah Resource on Tuesday, November 29, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.