Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Ijazah Pengajian Islam – Maghribi

Negara Morocco sangat mementingkan kualiti setiap pelajar. Maka pihak kedutaan di Maghribi hanya membuka peluang kepada beberapa orang pelajar sahaja untuk sambung belajar di sana. Di Maghribi, pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia hanyalah 4 bidang pengajian sahaja:


  • Bahasa Arab
  • Pengajian Islam
  • Syariah dan Undang-Undang Perancis
  • Bidang Usuluddin

KEISTIMEWAAN MAGHRIBI

Pengetahuan qiraat warsy yang digunakan di masjid-masjid.
Maghribi menggunakan mazhab Maliki sebagai mazhab utama.
Kos sara hidup yang sederhana.
Mempunyai kemudahan yang baik serta merupakan Negara Arab yang termaju daripada sudut kemudahan yang disediakan.
Orang Arab yang baik dan suka membantu.
Menggunakan bahasa Arab standard atau fushah sebagai bahasa pembelajaran.

SISTEM PENGAJIAN

Mengikut sistem pengajian yang baru, terdapat 2 semester bagi setiap tahun pengajian dengan diisi 4 modul bagi setiap semester dan mahasiswa perlu menjalaninya selama 16 minggu. Setiap sesi pengajian bagi setiap subjek pula selama 1 jam setengah atau 2 jam. Daripada sudut tempoh pula, penjelasannya seperti berikut:


  • Ijazah Sarjana Muda: 3 tahun
  • Ijazah Sarjana : 2 tahun
  • Ijazah Kedoktoran : 3-5 tahun.


KEISTIMEWAAN PELAJAR


  • Yuran Pengajian Percuma
  • Asrama pelajar dengan bayaran MAD 350 bersamaan RM132 setahun atau lebih.
  • Biasiswa sebanyak 750 Dirham Maghribi sebulan iaitu kira-kira RM280. Jumlahnya sedikit tetapi dapat menampung keseluruhan perbelanjaan kita selama sebulan.
  • Diskaun separuh bayaran bagi rawatan ke atas mahasiswa.
  • Kemudahan kantin dengan harga yang murah. Dengan RM1 telah mencukupi.
  • Kad Kereta Api bagi mahasiswa. Dengan setiap pembelian tiket, mahasiswa dapat menerima 50% atau 25% diskaun daripada harga asal tiket.

SENARAI UNIVERSITI

Univerrsiti-universiti di Maghribi dipilih berdasarkan kecenderungan pengajian seseorang. Berikut kami sertakan sedikit nota.

  • Universiti Mohamed V – Pengajian Islam & Bahasa Arab. Di sini terdapat Masjid Sunnah yang mempunyai program Karasi Ilmiyyah yang terkenal di seluruh dunia. Ia juga terletak di Rabat yang merupakan pusat pemerintahan negara.
  • Universiti Ibnu Tofail – Pengajian Islam. Terletak di Kenitra yang mempunyai perpustakaan yang bersistematik.
  • Universiti Hasan II – Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Terletak di dua tempat iaitu Mohammedia dan Casablanca.
  • Universiti Qurawiyyin – Terletak di Tetoun dan Fes. DI Tetoun menfokuskan pengajian Usuluddin manakala di Fes pula pengajian Islam.
  • Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah – Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Terletak di Fes.
  • Universiti Cadhi Ayyad – Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Universiti pada rangking pertama di Maghribi.

SYARAT & KELAYAKAN

Syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh KPM adalah seperti berikut: Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (tahun semasa) dengan memperoleh gred B dalam subjek berkaitan Pengajian Islam.SPM bukan tahun semasa tidak akan diterima dan pemilihan adalah berdasarkan sistem meritokrasi.
Ijazah Pengajian Islam – Maghribi Reviewed by Mauizah Resource on Tuesday, November 29, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.