Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi – Mesir


 PENGENALAN 


Selain daripada pengajian Islam, Mesir juga menawarkan subjek perubatan, pergigian serta farmasi di dalam kos rendah dan juga berbaloi. Ia pastinya menarik minat pelajar-pelajar dari Malaysia. Bahkan, daripada 15,000 pelajar Malaysia di Mesir, majoriti mereka adalah daripada kalangan pelajar perubatan.

Bagi pelajar perubatan yang berminat untuk menimba ilmu agama secara terus sepertimana yang dilakukan pelajar pengajian Islam, mereka boleh turut serta tanpa perlu mengeluarkan modal besar. Pengajian percuma mudah didapati di sekitar bandar dan kampung.

 Jumlah Universiti Kuliah Perubatan, Pergigian dan Farmasi 


Terdapat 7 buah universiti di Mesir yang mana terdapat pelajar Malaysia dalam jurusan perubatan iaitu Universiti al-Azhar, Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams, Universiti Iskandariah, Universiti Mansurah, Universiti Tanta, dan Universiti Zaqazig.

Manakala terdapat 5 universiti di Mesir yang menempatkan pelajar Malaysia dalam bidang pergigian iaitu Universiti al-Azhar, Universiti Tanta, Universiti Mansurah, Universiti Iskandariah dan Universiti Assiut.

Pelajar Malaysia yang mengambil kuliah farmasi hanyalah di Universiti Zagazig(mempunyai 10 sem), dan Universiti Mansurah(mempunyai 8 sem ),Universiti Iskandariah

 Tempoh Pengajian 


Secara umumnya, tempoh pengajian bagi kursus perubatan adalah 6 tahun setengah (enam tahun bagi Universiti Iskandariah) , 5 tahun bagi kursus pergigian termasuk tahun persediaan dan 5 tahun bagi kursus farmasi.

 Sistem 


Majoriti universiti di Mesir masih mengamalkan sistem konvensional dalam teknik pengajaran berbanding fakulti-fakulti perubatan di dunia sekarang yang kebanyakannya telah bertukar kepada sistem integrasi.

Sistem konvensional menekankan aspek teori terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada aspek klinikal. Antara universiti yang menggunakan sistem konvensional adalah Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams, Universiti al-Azhar, Universiti Tanta, Universiti Zaqazig dan Universiti Mansurah (konvensional). Manakala universiti yang menggunakan sistem integrasi hanyalah Universiti Iskandariah dan Universiti Mansurah (Manchester program).

Pada tahun 2006, perjanjian (Memorandum of Understanding) telah temeterai antara kerajaan Malaysia dan Mesir yang mana hasilnya wujud 2 kursus utama di Mesir iaitu kursus MoU dan kursus biasa.

Kursus MoU merupakan kelas istimewa (special course) khas untuk menempatkan mahasiswa Malaysia sahaja dan medium yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Kursus biasa pula ialah kelas yang bercampur antara mahasiswa arab dan Malaysia. Medium pengajaran dalam bahasa arab.

 Ijazah 


Lulusan Mesir yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan akan mendapat MB BCh, berbanding dengan universiti di Malaysia yang mana ada yang tamat dengan MB BS dan MD. Walau bagaimanapun, semua jenis ijazah tersebut adalah setara.

Lulusan Mesir yang menamatkan pengajian dalam bidang pergigian pula akan mendapat BDS (Bachelor of Dental Surgery) manakala lulusan bidang farmasi akan mendapat ijazah Bachelor of pharmaceutical science (clinical pharmacy).

 Subjek 


Sistem Konvensional


Bagi yang mengikuti sistem konvensional, tempoh 3 tahun pertama akan diajarkan subjek teori dan basis dalam perubatan iaitu :

Tahun 1 & 2         : Physiology, Anatomy, Biochemistry dan Histology
Tahun 3                  : Pathology, Pharmacology, Parasitology dan Microbiology

3 tahun terakhir akan diajarkan aspek klinikal iaitu :

Tahun 4                  : ENT, Ophthalmology, Forensic and Toxicology dan Community Medicine
Tahun 5                  : Obstetric and Gynecology dan Paedietrics
Tahun 6                  : Internal Medicine dan Surgery

Subjek tahun klinikal bagi sistem konvensional mungkin berubah susunan bagi setiap tahun mengikut universiti.

Sistem Integrasi


Bagi yang megikuti sistem integrasi pula, sistemnya berbeza mengikut universiti. Secara umumnya teknik pengajaran adalah mengikut semester, iaitu 12 semester sepanjang tempoh pengajian.

Universiti Iskandariah sebagai contoh, tempoh pengajian dibahagikan kepada fasa 1 iaitu 6 semester pertama (preclerkship) dan fasa 2 iaitu 6 semester seterusnya (clerkship).

Semester I: Introduction to Medical Studies, Nutrition and Metabolism, Introduction to Medical Sciences
Semester II: Concept of Health and Disease, Muskuloskeletal System, Blood, Lymph, and Immune System, Professional development I
Semester III: Infection and Immunity , Nervous System and Special Sense, Professional development II
Semester IV: Concepts of Health and Disease, Cardiovascular system, Respiratory system, Professional development III
Semester V: Endocrine system, Reproductive System, Urinary System, Professional development
Semester VI: Gastrointestinal system, Pathobiology of selected systems, Health Care environment & Management, Professional development
Semester VII: Internal Medicine, Surgery
Semester VIII: Obstetrics and Gynecology, Orthopedics, Tropical Medicine
Semester IX: Neurology and Psychiatry
Semester X: Basic ENT, Ophthalmology, Urosurgery, Dermatology
Semester XI: Emergency Medicine and Critical care, Family Medicine, Forensic and Toxicology
Semester XII: Surgery, Medicine

Mansoura-Manchester Program:


Sebuah program Problem Based Learning yang mengintegrasikan antara subjek pre-klinikal dan klinikal. Program ini mengambil dasar student-centered, iaitu lebih bergantung kepada mahasiswa untuk belajar dan mencari bahan melalui sumber-sumber luar selain daripada pensyarah dan tutor seperti internet, perpustakaan dan lain-lain. Cara ini memerlukan mahasiswa untuk menjadi proaktif dan menjadi lebih mudah lagi jika mempunyai laptop sendiri.

 PERMOHONAN 


Permohonan melanjutkan pengajian ke Mesir bagi subjek perubatan, pergigian, dan farmasi hendaklah dibuat melalui saluran online dan manual pada tarikh yang dinyatakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPM). Biasanya pada bulan 3 atau 4.

Pihak Mauizah Resources sedia membantu pelajar menguruskan dokumen serta menyiapkan urusan keberangkatan ke Mesir.

 SYARAT & KELAYAKAN


Mempunyai SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya B dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

 ANGGARAN KOS PENGAJIAN 


Yuran pengajian pelajar Perubatan, Farmasi dan Pergigian biasanya ditanggung oleh biasiswa MARA, dan sebagainya. Total yuran 6 tahun diantara USD 20,000 – USD 42,000.

Manakala sara hidup di Mesir pula dianggarkan RM 600- RM 700 sebulan jika tinggal di rumah sewa.


 Kelayakan Memohon 


Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.1  Perubatan 


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2  Pergigian & Farmasi 


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85%   dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. 

 Cara memohon 

Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.

Jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan, pihak Mauizah Resources boleh membantu anda. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda.

Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.


Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi – Mesir Reviewed by Mauizah Resource on Tuesday, November 29, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.