Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Madinah 2017/2018


Pengenalan

Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah terletak di Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia. Universiti ini telah diasaskan pada 6 September 1961 .Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah bertujuan melahirkan para pendakwah berilmu yang bertunjangkan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Kuliah 

Terdapat 5 buah kuliah yang ditawarkan di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah iaitu :
  • 1.Kuliah Al-Quran
  • 2.Kuliah Hadis
  • 3.Kuliah Syari’ah
  • 4.Kuliah Dakwah & Usuluddin
  • 5.Kuliah Bahasa Arab.
Para pelajar bebas memilih kuliah yang diminati apabila permohonan telah diterima berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, Universiti Islam Madinah juga menawarkan pembelajaran asas bahasa Arab di Maahad Lughah Li Ghairi Nathiqina Biha bagi mereka yang belum menguasai bahasa Arab dengan baik. Maahad Lughah Li Ghairi Nathiqina Biha ini khusus buat mereka yang diterima belajar di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah sahaja.

Waktu Memohon 

Permohonan melalui laman web universiti dibuka sepanjang tahun.

Syarat Kelayakan
  1. Pemohon mestilah mempunyai perilaku yang baik.
  2. Pemohon mestilah berjanji untuk mematuhi peraturan-peraturan universiti.
  3. Pemohon mestilah berada dalam keadaan yang sihat.
  4. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pendidikan Menengah Umum (GCSE) atau yang setara, dari dalam atau luar Kerajaan Saudi Arabia.
  5. Sijil mestilah dikeluarkan oleh sekolah kerajaan atau swasta yang diiktiraf.
  6. Pemohon haruslah berdedikasi untuk menghabiskan pengajian.
  7. Sijil SPM mestilah tidak lebih dari 5 tahun selepas ia dikeluarkan.
  8. Pemohon mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun ketika memohon.
  9. Pemohon yang ingin memohon Kuliah Al-Quran mestilah telah menghafal 30 juzu’ Al-Quran.
  10. Pemohon mestilah mematuhi syarat lain yang ditentukan oleh pihak universiti.

Jika anda mempunyai apa-apa kemusykilan, boleh rujuk link berikut:

http://www.mauizahrc.com/p/soalan-lazim-universiti-islam-madinah_20.html

Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Madinah 2017/2018 Reviewed by Syihabudin Ahmad on Tuesday, February 28, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.