Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Pertemuan Rasmi antara Mauizah Resources dan Mudir Markaz Nile

Alhamdulillah, satu pertemuan rasmi antara mudir Markaz Nile, Sayyidul fadilah al ustaz Abdullah Yigit dan wakil pengurusan Mauizah Resources iaitu Ustaz Syihabudin Ahmad.

Telah berlangsung pada 20 Julai 2016. Beberapa persetujuan dua hala telah dibuat bagi memudahkan urusan pelajar Malaysia menyambung pengajian di Markaz Nile dalam pelbagai bidang. Perbincangan khusus berkaitan kursus kepada para guru bahasa Arab juga telah lengkap.

Tahukah anda tiada syarat dan sijil khusus yang diperlukan untuk mendapatkan tempat di Markaz Nile. Bahkan umur juga bukan penghalang untuk belajar bahasa Arab di sini. Apa yang penting untuk belajar bahasa Arab di sini ialah keinginan yang tinggi untuk belajar serta kemampuan kewangan.

Matlamat utama tempat pengajian ini adalah belajar Bahasa Arab dengan cepat dan selesa. Elemen utama yang difokuskan adalah seperti berikut:


  • Membaca seperti orang Arab membaca.
  • Menulis seperti orang Arab menulis.
  • Mendengar dan memahami seperti orang Arab faham.
  • Bercakap seperti orang Arab bercakap.
  • InsyaAllah pertemuan seterusnya dalam perbincangan…….


Pertemuan Rasmi antara Mauizah Resources dan Mudir Markaz Nile Reviewed by Mauizah Resource on Tuesday, November 29, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.