Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Prosedur Baru Proses Memperbaharui Visa Pelajar Al Azhar

Tempat memperbaharui visa


Bagi pelajar lelaki pengajian Islam, sains kesihatan dan Markaz Lughah Syeikh Zayed di masjid bersebelahan dengan kuliah dakwah al Azhar Hayyu Sadis
Bagi pelajar perempuan pengajian Islam, sains kesihatan dan makaz  lughah syeikh zayed, di tingkat 2, bangunan kulliyah Farmasi Banat Hayyu Sadis
Bagi pelajar ma'ahid al Azhar lelaki dan perempuan (Bu'uth & Shoubra)  di Maahad al Bu'uth, Madinatul Bu'uth Abbasiyah

Perkara yang perlu diketahui untuk memperbaharui visa:


Pastikan tempoh sah visa masih berbaki sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum  dihantar permohonan.
Waktu dan hari operasi pejabat urusan visa wafedin bermula hari Ahad hingga Khamis pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang setiap minggu (tidak termasuk cuti umum negara Mesir)
Urusan boleh dibuat sendiri atau diwakilkan kepada wakil yang mendapat pengesahan rasmi daripada pihak KBMK atau kementerian luar negeri Mesir
Permohonan yang lewat akan dikenakan denda bermula pada kadar EGP 80.00 dan seterusnya mengikut tempoh kelewatan. Perkara ini akan dikemaskini melalui pekeliling pihak Imigresen Mesir dari semasa ke semasa

Perkara yang diperlukan untuk memperbaharui visa:


1-Dua keping gambar ukuran pasport
2-Dua salinan pasport.
3-Tasdiq (surat pengesahan belajar) yang dipohon melalui fakulti
4-Mengisi borang di pejabat perkhidmatan wafedin (maktab re’ayah al-wafedin)
5-Tempoh memperolehi visa selewat-lewatnya satu bulan.

Kos memperbaharui visa:


Harga Borang pembaharuan visa         LE 20.00
Setem                                                   LE 2.00
Bayaran tawkil                                      LE 2.00
Jumlah                                                 LE 24.00

Cara mengisi borang permohonan visa


-Muka surat pertama borang hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris (Bagi negara yang tidak bertutur dalam Bahasa Arab)
-Alamat hendaklah ditulis secara terperinci dan sertakan nombor telefon.

Surat pengesahan pengajian (Tasdiq kuliah/ Ifadah kuliah):


-Tidak boleh membuat sebarang perubahan pembetulan di atas surat pengesahan pengajian kuliah. Jika ada kesilapan hendaklah dibuat yang baru
-Diwajibkan Cop rasmi fakulti dan pejabat perkhidmatan wafedin di atas surat pengesahan pengajian.
-Nama pemohon mestilah sama dengan nama dalam pasport.

Salinan pasport yang diperlukan:

-Dua salinan muka surat pertama (Muka depan pasport).
-Dua salinan muka surat cop ketibaan terakhir.
-Dua salinan muka surat visa terakhir.

Negara yang dikenakan saringan keselamatan (termasuk Malaysia), pemohon perlu mengemukakan dua salinan pasport untuk diserahkan kepada pejabat keselamatan mesir.

Pembaharuan visa bagi suami isteri, hendaklah disertakan:


1-Salinan surat pengesahan pengajian (tasdiq kuliah) pasangan yang belajar
2-Surat akad nikah asli serta terjemahan yang disahkan oleh kedutaan.
3-Surat beranak dalam bahasa arab yang disahkan oleh kedutaan.

Hanya pelajar yang berstatus bujang boleh memohon visa untuk ibubapanya dengan:


Mengemukan surat akuan bujang (21 tahun ke atas) dalam Bahasa Arab serta disahkan oleh kedutaan.
Bagi yang sudah berkahwin, proses permohonan visa ibubapanya ialah jenis visa pelancong di mugamak tahrir.


Permohonan visa pelajar markaz syeikh zayed hendaklan disertakan dengan surat sokongan kedutaan.



Permohonan visa bagi adik beradik


-Permohonan bawah umur 6 tahun tidak dihalang.
-Permohonan bagi yang berumur 6 ke atas hendaklah disertakan dengan surat pengesahan pengajian.

Bagi pemegang pasport yang telah tamat tempoh, tetapi masih mempunyai visa yang sah, perlu mengemukakan salinan muka surat yang ada visa tersebut semasa permohonan pembaharuan visa.


Apabila mendapat cop tidak diluluskan bermaksud:


-Permohonan tersebut ditolak.
-Pemohon mestilah mengemukakan rayuan dalam tempoh 7 hari di mugamak tahrir (idaratu bahs)
-Sekiranya tidak dibuat rayuan selepas 7 hari pemohon hendaklah keluar dari Mesir dan masuk semula untuk mendapat visa pelancong yang baru.


Isal (resit) tansik


Diberi sebanyak 2 kali sahaja.


Anak kelahiran Mesir


-Untuk anak yang lahir di Mesir perlu menyemak status kewarganegaran di kaunter 6 atau 7 di mugamak tahrir
-Jikalau anak mempunyai cop tasniyah tidak perlu menyemak status kewarganegaraan


Prosedur kehilangan pasport


1-Menyemak fail di pejabat imigresen
2-Membuat report polis
3-Pergi ke kaunter 53 di mugamak tahrir


Pindah maklumat


1-Mengisi borang pindah maklumat
2-Pemohon yang ada pasport baru tetapi di pasport lamanya masih ada visa boleh memindah visa tersebut ke pasport baru tetapi dengan syarat di pasport barunya ada cop ketibaan.
3-Jika visa tamat tempoh di pasport lama, pemohon perlulah mengisi borang permohonan visa seperti biasa.


Bagi suami yang mengikut visa isteri perlu membayar LE 80.00



Makluman daripada:
Wakil Kedutaan Malaysia di Mesir

Prosedur Baru Proses Memperbaharui Visa Pelajar Al Azhar Reviewed by Mauizah Resource on Thursday, December 01, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.