Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Azfar: Perjalanan Menuntut Ilmu

Saudara kita, Azfar Syahmi Razali berumur 21 tahun telah mengambil keputusan untuk sambung belajar di Maahad Buuth al-Azhar setelah berbincang dengan pihak perunding pendidikan dan ibubapanya.


Mauizah Resources membantu beliau menguruskan visa, tiket penerbangan, tawaran belajar daripada Markaz Nile, Penerbangan, Penginapan dan Pengurusan Pengajian di Markaz Nile, Maahad Buuth dan Persijilan Al-Quran Bersanad.

Pihak Mauizah Resources juga akan memantau aktiviti pengajian, harian, makan minum dan survival beliau di Mesir. Setiap bulan, pihak pengurusan Mesir akan menghantar laporan penyeliaan kepada ibubapa pelajar.

Azfar sebelum ini telah berusaha juga memohon belajar di Universiti Islam Madinah dan Ummul Qura di Arab Saudi. Memahami kedua-dua universiti berkenaan perlu mengambil tempoh penilaian, maka beliau meneruskan usaha menuntut ilmu dengan menyambung pelajaran di Mesir terlebih dahulu.

Prosuder yang Azfar akan lalui ialah;

  1. Dalam tempoh 2 minggu dia di Mesir, beliau akan didaftarkan ke Maahad Buuth al-Azhar/Dirasah Khassah dan Markaz Nile. 
  2. Beliau akan belajar bahasa Arab di Markaz Nile dahulu sebelum mendapat tempat di Maahad Buuth al-Azhar /Dirasah Khassah. 
  3. Disamping itu, Azfar juga akan mengikuti pengajian Talaqqi al-Quran 30 Juzuk secara bersanad sehingga lengkap. Apabila selesai, beliau akan diijazahkan sanad al-Quran. 

Sekiranya beliau terpilih dan diumumkan oleh Universiti Islam Madinah atau Ummul Qura, maka beliau akan pulang ke Malaysia untuk menguruskan pengajian ke sana. Kesungguhan Azfar untuk menuntut ilmu sangat sesuai untuk dipuji dan diteladani.


Azfar selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir 

Sekiranya anda berhajat untuk menyambung pengajian ke Timur Tengah atau menjadi seperti Azfar, anda dinasihatkan untuk bertemu dengan perunding pendidikan kami di Sungai Buloh.

Tempahan temujanji secara online boleh dibuat dengan klik butang berikut: BOOK AN APPOINTMENT

Pihak perunding pendidikan kami akan menerangkan:

1) Latar belakang tempat pengajian yang diminati
(2) Kesesuaian pelajar dengan tempat pengajian berkenaan
 (3) Perbandingan dengan tempat lain (jika perlu)
(4) Cadangan jenis pengajian/kuliah/fakulti
(4) Prosuder permohonan dan pengurusan dokumen
(5) Kos penuh sepanjang pengajian
(6) Prosuder Penerbangan, visa dan penempatan.
(7) Prosuder Permohonan Dana Kewangan (jika perlu)
(8) Flow kerjaya masa depan.
(9) Lain-lain hal
Azfar: Perjalanan Menuntut Ilmu Reviewed by Mauizah Resource on Tuesday, January 31, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.