Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Kos Penuh Pengajian di Amman, Jordan

Di Amman, Jordan - Universiti yang diuruskan permohonan kemasukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia ialah University of Jordan. Di sini, terdapat empat (4) bidang pengajian yang diiktiraf iaitu:

(1) Perubatan
(2) Pergigian
(3) Pengajian Islam dan Bahasa Arab
(4) Bahasa Arab

http://www.mauizahrc.com/p/book-appointment.html

Seperti biasa, kami bahagikan kepada lima (5) isu:

(1) Kos Yuran Pengajian Penuh
(2) Kos Tahunan - ia berulang setiap tahun
(3) Kos Bulanan - ia berulang setiap bulan.
(4) Kos Kali Pertama ke Jordan
(5) Kos Pulang ke Malaysia setelah Tamat Belajar

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda! Peringatan: Ini hanyalah anggaran yang paling selamat yang cuba kami berikan. Jika ia berubah, maka bantu kami dengan memberikan komentar di bawah!

Nota: Tukaran USD - MYR ialah : USD 1 = RM 5
Nota: Tukaran JOD - MYR ialah : JOD 1 = RM 6.25

(1) Kos Yuran Pengajian

Yuran pengajian berbeza berdasarkan bidang pengajian;



Universiti
Bidang
Tempoh
USD
RM
University of Jordan
Perubatan
1-6 Tahun
$24,320
RM121,600.00
Pergigian
1-5 Tahun
$24,320
RM121,600.00
Pengajian Islam dan Bahasa Arab
1-4 Tahun
$8,020
RM40,100.00
(Bahasa Arab
1-4 Tahun
$8,020
RM40,100.00



(2) Kos Tahunan

Kos yang perlu disediakan setiap tahun adalah untuk perkara berikut:

1- Membeli pakaian musim sejuk
2- Melancong sekitar Jordan
3- Yuran aktiviti persatuan dan kedutaan
4- Lain-lain.

Kami mencadangkan anda menyediakan RM 2,000 kerana menimbang Amman ialah ibu negara bagi Jordan yang semestinya harga dan kos juga tinggi untuk apa-apa keperluan.

(3) Kos Bulanan



Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Sewa Rumah
50
2
Bil Eletrik, Air dan Internet
35
3
Barang Keperluan Rumah (Gas, keperluan dapur, dan lain-lain)
30
4
Barang Keperluan Peribadi
30
5
Tambang ke Universiti
14
6
Lain-lain
31

Jumlah (JOD) :
190

Jumlah (RM) :
RM1,187.50



Bermaksud, keluarga atau penaja di Malaysia mestilah menyiapkan anggaran dalam RM 1,200 hingga RM 1,500 setiap bulan.

(4) Kos Kali Pertama ke Jordan

Kos ini menimbang isu berikut:



Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Tiket Kapal Terbang (KUL-AMMAN)
50
2
Proses Permohonan dan Penyerahan Dokumen di Putrajaya
35
3
Yuran Program Sambutan Pelajar oleh Education Malaysia Jordan (EMJ)
80
4
Keperluan Rumah Bujang
30

Katil + tilam
50

Meja
30

Almari
30

Barang-barang dapur
40

Karpet
40

Mesin basuh
40
5
Keperluan lain
40

Jumlah (JOD) :
465

Jumlah (RM) :
RM2,906.25


 (5) Kos Pulang ke Malaysia Setelah Tamat Belajar



Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Kotak Kargo (Kitab) - 2 kotak
40
2
Tiket Kapal terbang
500

Jumlah (JOD) :
540

Jumlah (RM) :
RM3,375.00



Keseluruhan:

Berikut ialah kos keseluruhan berdasarkan formula:



Cara Pengiraan: Kos 1 + (Kos 2 X Tempoh Tahun) + ((Kos 3 X 12) X Tempoh Tahun) + Kos 4 + Kos 5



Bidang
Perubatan
Pergigian
Pengajian Islam
Bahasa Arab
Tempoh (Tahun)
6
5
4
4
Kos (1) Yuran Pengajian
RM121,600
RM121,600
RM40,100.00
RM40,100.00
Kos (2) Tahunan
RM2,000
RM2,000
RM2,000
RM2,000
Kos (3) Bulanan
RM1,188
RM1,188
RM1,188
RM1,188
Kos (4) Kali Pertama
RM2,906
RM2,906
RM2,906
RM2,906
Kos (5) Tamat Belajar
RM3,375
RM3,375
RM3,375
RM3,375

RM225,381
RM209,131
RM111,381
RM111,381


Tambahan: 

Jika anda merancang untuk balik ke Malaysia setiap tahun, maka sila sediakan tambahan harga tiket.

Semoga Allah memudahkan urusan anda!

Perunding Pendidikan

Jika anda masih lagi berkira-kira di manakah tempat terbaik untuk menuntut ilmu? Mauizah Resources mempunyai perunding pendidikan yang mahir memberi nasihat serta memberikan taklimat pengajian di Timur Tengah. Segera hubungi kami!

http://www.mauizahrc.com/p/book-appointment.html
Kos Penuh Pengajian di Amman, Jordan Reviewed by Mauizah Resource on Friday, January 27, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.