Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Kos Penuh Pengajian di Irbid, Jordan

Di Irbid, Jordan - Universiti yang diuruskan permohonan kemasukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia ialah Jordan University of Science and Technology (JUST) dan Universiti Yarmouk. Di sini, terdapat banyak bidang pengajian yang diiktiraf iaitu:

(1) Perubatan -JUST
(2) Pergigian - JUST
(3) Syariah dan Pengajian Islam (Fiqh dan Usul) - Yarmouk
(4) Syariah dan Pengajian Islam (Al-Quran dan al-Sunnah) - Yarmouk
(5) Syariah dan Pengajian Islam (Akidah dan Dakwah) - Yarmouk
(6) Bahasa dan Kesusasteraan Arab - Yarmouk
(7) Ekonomi dan Perbankan (Permohonan bagi Kolej IKIP sahaja)


Seperti biasa, kami bahagikan kepada lima (5) isu:

(1) Kos Yuran Pengajian Penuh
(2) Kos Tahunan - ia berulang setiap tahun
(3) Kos Bulanan - ia berulang setiap bulan.
(4) Kos Kali Pertama ke Jordan
(5) Kos Pulang ke Malaysia setelah Tamat Belajar

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda! Peringatan: Ini hanyalah anggaran yang paling selamat yang cuba kami berikan. Jika ia berubah, maka bantu kami dengan memberikan komentar di bawah!

Nota: Tukaran USD - MYR ialah : USD 1 = RM 5
Nota: Tukaran JOD - MYR ialah : JOD 1 = RM 6.25

(1) Kos Yuran Pengajian

Yuran pengajian berbeza berdasarkan bidang pengajian;


Universiti
Bidang
Tempoh
USD
RM
Yarmouk University
Pengajian Islam
4 Tahun
$3,481
RM17,405.00
Jordan University of Science and Technology (JUST)
Perubatan
1-6 Tahun
$19,576
RM97,880.00
Pergigian
1-5 Tahun
$16,201
RM81,005.00


(2) Kos Tahunan

Kos yang perlu disediakan setiap tahun adalah untuk perkara berikut:

1- Membeli pakaian musim sejuk
2- Melancong sekitar Jordan
3- Yuran aktiviti persatuan dan kedutaan
4- Lain-lain.

Kami mencadangkan anda menyediakan RM 1,000.

(3) Kos Bulanan


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Sewa Rumah
50
2
Bil Eletrik, Air dan Internet
35
3
Barang Keperluan Rumah (Gas, keperluan dapur, dan lain-lain)
30
4
Barang Keperluan Peribadi
30
5
Tambang ke Universiti
14
6
Lain-lain
31

Jumlah (JOD) :
190

Jumlah (RM) :
RM1,187.50

Bermaksud, keluarga atau penaja di Malaysia mestilah menyiapkan anggaran dalam RM 1,200 hingga RM 1,500 setiap bulan.

(4) Kos Kali Pertama ke Jordan

Kos ini menimbang isu berikut:


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Tiket Kapal Terbang (KUL-AMMAN)
50
2
Proses Permohonan dan Penyerahan Dokumen di Putrajaya
35
3
Yuran Program Sambutan Pelajar oleh Education Malaysia Jordan (EMJ)
80
4
Keperluan Rumah Bujang
30

Katil + tilam
50

Meja
30

Almari
30

Barang-barang dapur
40

Karpet
40

Mesin basuh
40
5
Keperluan lain
40

Jumlah (JOD) :
465

Jumlah (RM) :
RM2,906.25

 (5) Kos Pulang ke Malaysia Setelah Tamat Belajar


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Kotak Kargo (Kitab) - 2 kotak
40
2
Tiket Kapal terbang
500

Jumlah (JOD) :
540

Jumlah (RM) :
RM3,375.00

Keseluruhan:

Berikut ialah kos keseluruhan berdasarkan formula:


Cara Pengiraan: Kos 1 + (Kos 2 X Tempoh Tahun) + ((Kos 3 X 12) X Tempoh Tahun) + Kos 4 + Kos 5

Universiti
JUST
Yarmouk
Bidang
Perubatan
Pergigian
Pengajian Islam
Tempoh (Tahun)
6
5
4
Kos (1) Yuran Pengajian
RM97,880
RM81,005
RM17,405.00
Kos (2) Tahunan
RM1,000
RM1,000
RM1,000
Kos (3) Bulanan
RM1,188
RM1,188
RM1,188
Kos (4) Kali Pertama
RM2,906
RM2,906
RM2,906
Kos (5) Tamat Belajar
RM3,375
RM3,375
RM3,375

RM195,661
RM163,536
RM84,686
Tambahan: 

Jika anda merancang untuk balik ke Malaysia setiap tahun, maka sila sediakan tambahan harga tiket.

Semoga Allah memudahkan urusan anda!

Perunding Pendidikan

Jika anda masih lagi berkira-kira di manakah tempat terbaik untuk menuntut ilmu? Mauizah Resources mempunyai perunding pendidikan yang mahir memberi nasihat serta memberikan taklimat pengajian di Timur Tengah. Segera hubungi kami!

http://www.mauizahrc.com/p/book-appointment.html
Kos Penuh Pengajian di Irbid, Jordan Reviewed by Mauizah Resource on Friday, January 27, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.