Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Kos Penuh Pengajian di Mafraq, Jordan

Di Mafraq, Jordan - Universiti yang diuruskan permohonan kemasukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia ialah Al-Albayt University. Di sini, terdapat 3 bidang pengajian Islam yang diiktiraf iaitu:

(1) Fiqh dan Usul
(2) Usuluddin
(3) Bahasa dan Kesusasteraan Arab


Seperti biasa, kami bahagikan kepada lima (5) isu:

(1) Kos Yuran Pengajian Penuh
(2) Kos Tahunan - ia berulang setiap tahun
(3) Kos Bulanan - ia berulang setiap bulan.
(4) Kos Kali Pertama ke Jordan
(5) Kos Pulang ke Malaysia setelah Tamat Belajar

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda! Peringatan: Ini hanyalah anggaran yang paling selamat yang cuba kami berikan. Jika ia berubah, maka bantu kami dengan memberikan komentar di bawah!

Nota: Tukaran USD - MYR ialah : USD 1 = RM 5
Nota: Tukaran JOD - MYR ialah : JOD 1 = RM 6.25

(1) Kos Yuran Pengajian

Yuran pengajian berbeza berdasarkan bidang pengajian;


Universiti
Bidang
Tempoh
USD
RM
Al-Albayt University
Pengajian Islam
4 Tahun
$3,456
RM17,280.00

(2) Kos Tahunan

Kos yang perlu disediakan setiap tahun adalah untuk perkara berikut:

1- Membeli pakaian musim sejuk
2- Melancong sekitar Jordan
3- Yuran aktiviti persatuan dan kedutaan
4- Lain-lain.

Kami mencadangkan anda menyediakan RM 1,000.

(3) Kos Bulanan


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Sewa Rumah
50
2
Bil Eletrik, Air dan Internet
35
3
Barang Keperluan Rumah (Gas, keperluan dapur, dan lain-lain)
30
4
Barang Keperluan Peribadi
30
5
Tambang ke Universiti
14
6
Lain-lain
31

Jumlah (JOD) :
190

Jumlah (RM) :
RM1,187.50

Bermaksud, keluarga atau penaja di Malaysia mestilah menyiapkan anggaran dalam RM 1,200 hingga RM 1,500 setiap bulan.

(4) Kos Kali Pertama ke Jordan

Kos ini menimbang isu berikut:


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Tiket Kapal Terbang (KUL-AMMAN)
50
2
Proses Permohonan dan Penyerahan Dokumen di Putrajaya
35
3
Yuran Program Sambutan Pelajar oleh Education Malaysia Jordan (EMJ)
80
4
Keperluan Rumah Bujang
30

Katil + tilam
50

Meja
30

Almari
30

Barang-barang dapur
40

Karpet
40

Mesin basuh
40
5
Keperluan lain
40

Jumlah (JOD) :
465

Jumlah (RM) :
RM2,906.25

 (5) Kos Pulang ke Malaysia Setelah Tamat Belajar


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Kotak Kargo (Kitab) - 2 kotak
40
2
Tiket Kapal terbang
500

Jumlah (JOD) :
540

Jumlah (RM) :
RM3,375.00

Keseluruhan:

Berikut ialah kos keseluruhan berdasarkan formula:


Cara Pengiraan: Kos 1 + (Kos 2 X Tempoh Tahun) + ((Kos 3 X 12) X Tempoh Tahun) + Kos 4 + Kos 5

Universiti
AL-ALBAYT
Bidang
Pengajian Islam
Tempoh (Tahun)
4
Kos (1) Yuran Pengajian
RM17,282.50
Kos (2) Tahunan
RM1,000
Kos (3) Bulanan
RM1,188
Kos (4) Kali Pertama
RM2,906
Kos (5) Tamat Belajar
RM3,375

RM84,564


Tambahan: 

Jika anda merancang untuk balik ke Malaysia setiap tahun, maka sila sediakan tambahan harga tiket.

Semoga Allah memudahkan urusan anda!

Perunding Pendidikan

Jika anda masih lagi berkira-kira di manakah tempat terbaik untuk menuntut ilmu? Mauizah Resources mempunyai perunding pendidikan yang mahir memberi nasihat serta memberikan taklimat pengajian di Timur Tengah. Segera hubungi kami!

http://www.mauizahrc.com/p/book-appointment.html
Kos Penuh Pengajian di Mafraq, Jordan Reviewed by Mauizah Resource on Friday, January 27, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.