Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Mahu Belajar "Sejarah dan Tamadun Islam" di Timur Tengah?

Saya mendapat satu soalan daripada seorang pelajar yang masih menunggu keputusan SPM. Beliau tidak mengambil ujian Bahasa Arab pada ujian SPM. Tetapi berminat untuk ke Timur Tengah seperti di Jordan. 

Kata beliau, sebelum mendaftar SPM, beliau berminat dalam bidang IT. Tetapi ketika tingkatan 5, beliau minat pula pada Sejarah dan Tamadun Islam. Malangnya, sekolah beliau tidak menyediakan pengajian Bahasa Arab sehingga menyukarkannya untuk memohon ujian di sekolah berkenaan. 



Saya memberi nasihat berikut: 

1- Universiti di Timur Tengah yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia belum ada yang mengkhususkan pengajian Sejarah dan Tamadun Islam - sepengetahuan saya. Tetapi Universiti Al-Bayt di Jordan ada menawarkan pengajian berkenaan. Hanya, ia tidak diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jika setaraf, berkemungkinan ia setaraf dengan Ijazah Pengajian Islam. 

Universiti Dammam di Arab Saudi juga menawarkannya. Tetapi hasil carian kami menunjukkan tiada Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf untuk universiti berkenaan. 

2- Jika mahu ke Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Maghribi, keputusan SPM mesti baik dan mempunyai bahasa Arab. 

3- Kebanyakkan Universiti di Arab Saudi tidak mensyaratkan Bahasa Arab, tetapi jawapan penerimaan adalah tidak pasti sekalipun mendapat keputusan yang baik atau corot. 

4- Saya cadangkan Universiti Malaya untuk bidang berkenaan. Mohon untuk pengajian: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN (SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM) 

Semoga Allah memudahkan anda menuntut ilmu. 
______________

Jika anda berminat mendapatkan nasihat pelan pengajian ke Timur Tengah, saya boleh membantu anda. Hadiri sesi kaunseling pendidikan atau rundingan pendidikan di pejabat saya di Sungai Buloh dengan membuat tempahan tempat melalui:

Email: mauizahrc@gmail.com
Telefon: 03-60397343
WhatsApp: 018-6642687

atau terus daftar: https://goo.gl/caujxw
atau terus daftar: https://goo.gl/caujxw
atau terus daftar: https://goo.gl/caujxw

Ustaz Syihabudin Ahmad,
Sungai Buloh.
Mahu Belajar "Sejarah dan Tamadun Islam" di Timur Tengah? Reviewed by Syihabudin Ahmad on Wednesday, January 25, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.