Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Permohonan ke Mesir, Jordan & Maghribi 2017/2018




Kementerian Pendidikan  Tinggi  (KPT) mempelawa pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam.

Permohonan hanya diproses oleh KPT  sahaja. KPT  tidak mendaftar / melantik mana-mana agen bagi urusan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah. Oleh yang demikian, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.(Mauizah Resources adalah salah sebuah agensi yang membantu menguruskan dokumen pelajar untuk diserahkan kepada KPT).

Pihak KPT  hanya menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke  Timur Tengah sahaja. Manakala yuran pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar yang memohon.(Mauizah Resources boleh menguruskan penempatan pelajar).

Permohonan adalah secara dalam  talian yang akan dibuka pada 17 Januari 2017 (Selasa)  pukul 12.00 tengah hari.  Bagi  permohonan  bidang Pengajian Islam (STAM),  pemohon  perlu  menghantar  dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 Mac 2017 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang. Bagi  permohonan yang menggunakan keputusan SPM dan Diploma Qiraat, pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya sebelum atau pada  21 April 2017 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang. 

Syarat Permohonan ke Mesir



1.  Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:


1.1    Perubatan


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu  Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi  di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2    Pergigian & Farmasi


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya  79%  dalam lapan (8) subjek  iaitu  Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris,  Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi  di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

Nota:  Bagi permohonan ke Universiti Al Azhar  dalam bidang  Sains Kesihatan SPM tidak melebihi tempoh  tiga  (3)  tahun dari tarikh sijil dikeluarkan  dan pelajar perlu mempunyai Bahasa Arab di peringkat SPM.

1.3  Gred Pemarkahan Pengiraan Peratus:


Hubungi Mauizah Resources untuk mendapatkan keputusan dengan segera.


2.  Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:


2.1  Pengajian Islam


Mempunyai  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan

DAN

Menduduki ujian Imtihan Qabul (IQ).

2.2  Pengajian Qiraat


Mempunyai  Diploma Qiraat  yang diiktiraf oleh Universiti Al-  Azhar dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan.

2.3   Senarai Institusi yang di iktiraf oleh Universiti Al Azhar dalam bidang Qiraat


1  Maahad Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Pulau Chondong, Kelantan.
2  Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Dzalifah, Kedah.
3  Kolej Hafiz Klang, Selangor Darul Ehsan.
4  Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
5.   Kolej Islam antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

2.4  Ulum Islamiah


Lulus  semua subjek dalam  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat  sekurang-kurangnya Gred B  dalam  subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran Sunnah  dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan.

DAN

Menduduki ujian Imtihan Qabul (IQ).

Nota:  Bagi permohonan ke Universiti Al- Azhar dalam bidang Ulum Islamiah hanya  tiga  ratus (300) tempat sahaja yang  disediakan  dan pemilihan adalah berdasarkan sistem meritokrasi.

Syarat Permohonan ke Universiti di Jordan



1.  Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di  universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:


1.1  Perubatan & Pergigian


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90%  bagi  semua subjek SPM 

DAN

Memperoleh  sekurang-kurangnya  gred  A-  bagi  subjek  Biologi, Fizik, Kimia,  Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.

1.2  Pengajian Islam


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan memperoleh Purata Peratusan  Markah  sekurang-kurangnya  80%  bagi  semua subjek SPM 

DAN 

Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat SPM.

1.3  Gred Pemarkahan Pengiraan Peratus


Hubungi Mauizah Resources untuk mendapatkan keputusan dengan segera.

Syarat Permohonan ke Universiti Di Morocco




 1.  Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di  universiti di Morocco  peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.1    Pengajian Islam 


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  (tahun semasa)  dengan memperoleh  sekurang-kurangnya  gred  A-  dalam  subjek berkaitan Pengajian Islam.  SPM bukan tahun semasa tidak akan diterima dan pemilihan adalah berdasarkan sistem meritokrasi.

Untuk mendapatkan senarai universiti dan kos pengajian, sila klik link berikut: KLIK
 _______________

Berminat menyambung pengajian ke Timur Tengah? Pihak Mauizah Resources berpengalaman membantu anda menguruskan dokumen dan memberikan khidmat nasihat pemilihan universiti, pemilihan kursus, penyelenggaraan kos keseluruhan sama ada tersembunyi atau tersurat, penerbangan, penempatan dan kerjaya pelajar.

Call: 03-60397343
WhatsApp: 018-6642687
Email: mauizahrc@gmail.com
Permohonan ke Mesir, Jordan & Maghribi 2017/2018 Reviewed by Mauizah Resource on Thursday, January 19, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.