Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Permohonan ke Universiti Al-Azhar sesi 2017/2018

Pengumuman Terkini :

Dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar, Mesir telah menetapkan syarat minimum kemasukan yang baharu bagi bidang Pengajian Islam lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada MAQBUL ke JAYYID mulai sesi kemasukan 2017/2018.

Permohonan bagi lepasan STAM akan ditutup pada 2 Februari 2017 dan pemohon perlu hantar dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 17 Mac 2017 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang. Sebarang permohonan yang lewat tidak akan diterima dan diproses.


 Ulasan Ustaz Syihabudin Ahmad (Graduan Al-Azhar serta Perunding Pendidikan Mauizah Resources)

Permohonan ke Universiti al-Azhar sesi 2017/2018


1. Tahun ini, kali pertama sistem kelayakan ke Universiti al-Azhar menggunakan STAM berubah sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010.

2. Kelayakan minima untuk ke Al-Azhar bermula tahun ini ialah Jayyid. Dahulu Maqbul sahaja.

3. Permohonan online dibuka bermula 17 Januari sehingga 2 Februari.

4. Perhatian! Sekiranya anda lewat memohon, anda akan hilang kelayakan memohon untuk tahun ini.

5. Saya cadangkan, mohon sahaja dahulu. Mudah sahaja cuma perlu masukkan kad pengenalan, email, gambar berukuran passport dan keputusan umum STAM. Kemudian, pilih satu diantara 3 fakulti: Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.

Terkini: Anda boleh memilih salah satu daripada kursus/bidang berikut: 

1) Bahasa Arab
2) Bahasa dan Terjemahan
3) Dakwah Islamiah
4) Dirasat Islamiah wa al-Arabiyah
5) Syariah Islamiah
6) Usuluddin (Tafsir, Hadis, Dakwah dan Aqidah Falsafah)

6. Selepas permohonan ditutup, anda akan dapat keputusan diterima dengan cara membuat semakan online.

7. Setelah itu, cetak dokumen dan uruskan dokumen yang diminta.

8. Jika anda tidak mahir dalam urusan membuat permohonan atau menguruskan dokumen dan terjemahan, Mauizah Resources boleh bantu anda. www.mauizahrc.com

9. Semoga Allah mudahkan urusan anda menuntut ilmu di Universiti al-Azhar!

10. Permohonan mesti dibuat melalui online di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php
_________

Syihabudin Ahmad II,
Graduan Universiti al-Azhar.

______________
Berminat menyambung pengajian ke Timur Tengah? Pihak Mauizah Resources berpengalaman membantu anda menguruskan dokumen dan memberikan khidmat nasihat pemilihan universiti, pemilihan kursus, penyelenggaraan kos keseluruhan sama ada tersembunyi atau tersurat, penerbangan, penempatan dan kerjaya pelajar.

Call: 03-60397343
WhatsApp: 018-6642687
Email: mauizahrc@gmail.com
Permohonan ke Universiti Al-Azhar sesi 2017/2018 Reviewed by Mauizah Resource on Thursday, January 19, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.