Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Persijilan Sanad Al-Quran, Mesir 2017/2018


Maksud Talaqqi  -  Talaqqi membawa pengertian pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara bersemuka yang merupakan kaedah yang dipelopori oleh para sahabat yang menuntut ilmu daripada Rasulullah SAW. Proses talaqqi ini dipersetujui oleh para ulama sebagai satu proses atau kaedah yang digunapakai dalam memindahkan bacaan al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, bertalaqqi ini ialah kita mengaji al-Quran secara berhadapan dengan guru. Kita baca dan dia dengar dan tegur jika terdapat kesilapan bacaan.

Maksud Bersanad  -  Sanad merupakan kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada Rasulullah SAW. Kesinambungan sistem bersanad ini dibuktikan dengan adanya dokumen hitam putih yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketetapan bacaan al-Quran.

Contoh mudah adalah; Saya bertalaqqi dengan Syaikh A; Syaikh A bertalaqqi dengan Syaikh B, Syaikh B bertalaqqi dengan Syaikh C, dan seterusnya sehinggalah bersambung dengan Rasulullah SAW. Sementara Rasulullah SAW bertalaqqi dengan Malaikat Jibril AS dan daripada Allah SWT.
 

Apakah Program Talaqqi Al-Quran Bersanad dan kelebihan serta kebaikannya untuk peserta?

  • Belajar dan semakan bacaan Al Quran 30 juzuk di hadapan guru yang memiliki sanad bacaan Al Quran yang bersambung hingga Rasulullah s.a.w.
  • Belajar bacaan mengikut qiraat (kaedah bacaan) Hafs An Asim (Guru bacaan Al Quran masyhur seluruh dunia)
  • Mempelajari ilmu tajwid secara eksklusif bersama guru dan bacaan disemak dan diperbetulkan secara "one to one" oleh guru.
  • Mereka yang lulus ujian bacaan di akhir program ini akan menerima Sijil Sanad al-Quran

Tujuan dan matlamat program

  • Memberi peluang kepada semua umat Islam bertalaqqi dengan guru al Quran yang telah mempunyai sanad bacaan al Quran sampai kepada Rasulallah s.a.w dan mengekalkan suasana pembelajaran al-Quran turun temurun iaitu Talaqqi Musyafahah.
  • Dapat meningkatkan mutu bacaan al Quran dengan tartil dan bertajwid sekali gus memberi lebih keyakinan dalam membaca Al Quran.
  • Melahirkan guru-guru al-Quran yang berkualiti dan berwibawa yang dianugerahkan sanad talaqqi al-Quran.
  • Membudayakan pembacaan Al-Quran serta menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam pembelajaran Al-Quran.
 

Lokasi Pengajian


Pengajian diadakan di Mesir selama 1-3 bulan.

Syarat Kelayakan


(1) Pelajar mampu membaca al-Quran sekalipun kurang baik.
(2) Tiada had umur
(3) Sihat tubuh badan
(4) Berkemampuan kewangan

Mauizah Resources mempunyai pasukan perunding pendidikan dan pengurus yang berpengalaman membantu pelajar menyambung pengajian ke Timur Tengah khususnya di Mesir, Jordan, Maghribi, Arab Saudi, bahkan Qatar! Hubungi atau datang terus ke pejabat kami untuk mendapatkan kaunseling pendidikan dan perancangan halatuju pengajian yang cemerlang dan tersusun!

+ Email: mauizahrc@gmail.com
+ Telefon: 03-60397343
+ WhatsApp: 018-664268
Book an appointment with SetMore
Persijilan Sanad Al-Quran, Mesir 2017/2018 Reviewed by Mauizah Resource on Wednesday, January 11, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.