Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

STAM 2016:Tahniah 4 Orang Pelajar dari Sekolah MATRI mendapat Mumtaz

Hari ini, 19 Januari 2017, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2016 di seluruh Malaysia. 

Hari ini juga kami mendapat berita yang mengembirakan daripada negeri Darul Sunnah bahawa 4 orang daripada kalangan pelajar di negeri itu diiktiraf mendapat keputusan yang paling cemerlang bagi negeri berkenaan. Bahkan, lebih mengejutkan ialah kesemua empat orang berkenaan adalah daripada sekolah Maahad at-Tarbiyyah al-Islamiyyah (MATRI) yang berlokasi di Beseri, Perlis. 



Mereka ialah: 

(1) Kamaliya Khairina Binti Jamalludin
(2) Sharifah Fatimah Binti S. Muhamad Haleem
(3) Noriah Reza Binti Muhamad Rizal
(4) Siti Hajar Hanisah Binti Yunus

Tahniah kami ucapkan!

Cara Semakan Online


Bagi pelajar yang mahu membuat semakan keputusan secara online, kaedah berikut boleh digunakan:

Taip STAM <jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 19 Januari 2017 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 25 Januari 2017.

Rancangan Melanjutkan Pelajaran


Bagi para lepasan STAM, berikut adalah pelan rancangan yang bagus untuk anda: 

(1) Universiti al-Azhar.


Apabila anda mendapat keputusan JAYYID dan ke atas, secara automatik anda telah layak memohon untuk menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar. Bukan sekadar itu, anda jugamempunyai peluang sehingga 99% untuk mendapat tempat belajar di sana.

Caranya mudah sahaja, pihak Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) akan mengumumkan pembukaan permohonan, ketika itu anda terus sahaja memohon secara online (Terkini: Permohonan telah dibuka sehingga 2 Feb 2017!). Setiap langkah permohonan dimaklumkan oleh KPT. Mauizah Resources juga boleh membantu anda menguruskan permohonan. 

Selepas permohonan diluluskan, anda boleh terus ke Mesir. Anda boleh berurusan dengan kami bagi memudahkan urusan anda. Kami menguruskan dokumen, tempat penginapan, penerbangan, visa, pengurusan Imtihan Qabul dan sebagainya!

Tetapi, jika anda berhajat untuk menguruskan dengan Jabatan Agama Negeri masing-masing, silakan terus berhubung dengan mereka sekarang!

(2) Universiti Islam Madinah dan universiti-universiti di Arab Saudi


Sijil STAM boleh digunakan sebagai sokongan sahaja untuk memohon ke universiti-universiti ini. 

(3) Universiti-universiti di Malaysia. 


Cara untuk memasukinya ialah dengan mengisi borang UPU yang akan dikeluarkan oleh pihak KPT. 

Tahniah kepada para pelajar yang berjaya!

Jemput datang ke pejabat kami. Kami memberikan pelan pendidikan yang lengkap kepada anda.
STAM 2016:Tahniah 4 Orang Pelajar dari Sekolah MATRI mendapat Mumtaz Reviewed by Mauizah Resource on Wednesday, January 18, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.