Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Universiti Iskandariah, Mesir

 Sejarah Ringkas 


Universiti Iskandariah atau dikenali juga sebagai Universiti Alexandria amat terkenal di Mesir. Kedudukannya yang terletak berhampiran pantai menjadi pilihan pelajar-pelajar di samping sistem pembelajaran selaras dengan keperluan seluruh dunia.

Pada tahun 1938, Universiti Iskandariah atau Alexandria, dahulunya dikenali sebagai Universiti Farouk sehinggalah ditukar namanya pada tahun 1952 bermula dengan dua fakulti iaitu fakulti Sastera dan Undang-Undang. Fakulti Kejuruteraan kemudiannya telah ditubuhkan pada tahun 1941.

Memandangkan keperluan untuk membangunkan lebih fakulti untuk pengajian tinggi dan dengan pandangan ke arah memenuhi keperluan rakyat daripada Iskandariah sendiri, Universiti Iskandariah menjadi sebuah entiti yang lain pada bulan Ogos 1942 dengan empat fakulti tambahan: Sains, Perdagangan, Perubatan dan Pertanian.

Fakulti perubatan yang telah diasaskan oleh dua orang doctor iaitu Mi Ibrahim Pasha (Professor Pembedahan) dan Dr. Mohamed Mahfouz Bey ( pakar mata) pada ogos 1942. Pembelajaran perubatan fakulti ini mengambil dua tempat berbeza mengikut pengajaran samada praklinikal ataupun klinikal.

Praklinikal berlangsung di premis Hospital Mouassah, manakala pengajaran klinikal berlangsung di Hospital Miri.

 Pengangkutan 


Kebanyakan mahasiswa Malaysia di Iskandariah menggunakan perkhidmatan kereta api atau lebih dikenali dengan nama tram dari kawasan rumah mereka ke tempat kuliah atau rumah rakan. Tambang menaiki tram adalah sebanyak LE 0.25 dari perhentian yang pertama hinggalah perhentian yang terakhir.

Selain itu, van atau dikenali sebagai tramco turut dijadikan kenderaan pengangkutan untuk pelajar. Tambang menaiki tramco pula adalah dalam lingkungan LE 0.50 hingga LE 1.50.

Selain tram dan tramco, teksi juga merupakan pengangkutan utama para mahasiswa sama ada ke tempat kuliah atau ke mana-mana destinasi pilihan. Tambang teksi dari satu tempat ke satu tempat yang lain adalah bergantung kepada jarak perjalanan dan kesibukan lalu lintas.

Segelintir mahasiswa pula lebih gemar membeli motosikal sendiri untuk ke tempat yang ingin dituju. Pengangkutan ke bandar-bandar lain seperti Kaherah, Tanta, Mansoura dan Zaqazig pula ialah kereta api, van, kereta sewa dan bas.

 Tempat membeli-belah 


Hidup berdikari di perantauan sememangnya tidak dapat lari dengan aktiviti membeli-belah untuk membeli barang keperluan diri dan rumah sewa. Pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di Iskandariah ialah Carrefour walaupun jarak Carrefour ke kawasan rumah para pelajar adalah jauh.

Selain itu, para pelajar turut gemar membeli barang keperluan mereka di Alex Market ataupun Fathalla yang lebih dekat dengan kawasan kediaman. Pasar Camp Caesar turut terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia di Iskandariah untuk membeli barang basah bagi tujuan memasak.

 Aktiviti riadah 


Hari Jumaat merupakan hari yang khusus untuk pelajar Malaysia di Iskandariah beriadah memandangkan sebilangan besar mahasiswa hanya bercuti pada hari Jumaat dalam seminggu. Para pelajar kebiasaannya bergilir untuk beriadah di tempat-tempat seperti Istad Gam’ah, Kuliah Tijarah, Kuliah Zira’ah ataupun gelanggang baru di Hospital Syatby. Antara riadah yang menarik adalah futsal, bola keranjang, bola tampar, bola jaring dan sebagainya. Giliran untuk beriadah pula adalah dua minggu sekali untuk mahasiswa dan dua minggu sekali juga untuk mahasiswi.

Pada hari-hari kuliah, ramai pelajar akan bersenam di gimnasium pada waktu petang ataupun berlari di kawasan pantai berdekatan rumah masing-masing. Terdapat juga pelajar yang bermain futsal, bola keranjang dan bermain permainan yang lain.

 Aktiviti perkelahan 


Kawasan perkelahan yang terkenal di Iskandariah adalah berdekatan dengan pantai memandangkan Iskandariah merupakan bandar pesisiran Laut Mediterranean. Antara kawasan yang menjadi tumpuan para pelajar untuk berkelah adalah Montazah.

Hal ini adalah kerana Montazah merupakan taman pinggir laut yang mempunyai keluasan 155.4 hektar dan di dalamnya tersergam istana Raja Farouk yang memiliki seni bina yang indah dan cantik. Pelajar juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di kawasan sekitar Ma’mourah.

 Kelas pengajian 


Pengajian kelas agama atau dipanggil tafaquh merupakan antara aktiviti mingguan para mahasiswa di Iskandariah. Setiap malam Jumaat, dewan kuliah di Convention Centre akan penuh dengan para mahasiswa yang hadir untuk menuntut ilmu agama, dengan pelbagai tajuk ilmu agama mahu pun kitab didiskusikan oleh pengisi yang mantap.

 Klinik Alex Medical Team dan Alex Dental Team 


Para pelajar boleh mendapatkan khidmat kesihatan di Asrama MARA. Klinik Care For You dibawah seliaan Health Academy dan diuruskan oleh ahli Alex Medical Team (AMT) beroperasi setiap hari jumaat bermula pukul 2 sehingga 7. Dengan bantuan Dr Hamdy, klinik ini menawarkan perkhidmatan seperti medical check-up, minor surgery seperti suture dan rundingan kesihatan.

Selain itu, Alex Dental Team (ALDT) turut beroperasi di tempat yang sama. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah pameran kesihatan tentang penjagaan dan kesihatan gigi serta dental check-up.

 Komuniti PERUBATAN 


Majoriti mahasiswa sains kesihatan (perubatan, pergigian dan farmasi) tinggal di sekitar Azarita hingga Cleopatra. Kawasan yang paling padat dengan mahasiswa adalah di sekitar hentian tram Gam’ah dan Camp Caesar. Kawasan lain yang menjadi tumpuan penduduk adalah di sekitar belakang fakulti kejuruteraan kerana berhampiran dengan kawasan yang menjadi tempat pengajian para mahasiswa perubatan pre-klinikal.

Rata-rata mahasiswa pre-klinikal lebih gemar berjalan kaki ke kuliah memandangkan kawasan universiti mereka terletak berhampiran dengan kawasan kediaman, berbanding mahasiswa klinikal yang boleh memilih sama ada hendak menaiki tram atau tramco untuk ke kuliah.


 Jurusan Perubatan 

Universiti ini menawarkan pengajian Sains Kesihatan berikut: 

(1) Perubatan
(2) Pergigian
(3) Pergigian

Universiti Iskandariah mempunyai pelbagai kelengkapan untuk menjamin mutu pembelajaran. Universiti Iskandariah menyediakan dua dewan kuliah untuk penuntut tahun pre-klinikal dan  dua dewan kuliah untuk penuntut tahun klinikal yang satu-satunya mampu memuatkan lebih kurang 150 penuntut dalam satu masa. 

Universiti Iskandariah juga mempunyai perpustakaan yang memberikan suasana kondusif untuk penuntut mentelaah. Selain itu, Universiti Iskandariah mempunyai makmal-makmal sains seperti makmal Anatomi, Histologi, biokimia dan microbiologi. Universiti Iskandariah juga mempunyai pusat konvensyen yang menjadi tempat mengumpulkan semua penuntut untuk sesuatu program. Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, Universiti Iskandariah juga menyediakan makmal komputer.

Bermula tahun 2009 Universiti Iskandariah memperkenalkan sistem pembelajaran berintegrasi berasaskan modul. Sistem ini telah digunakan di universiti-universiti terkemuka di dunia seperti Monash University di Australia. Sistem ini diperkenalkan untuk meningkatkan qualiti pembelajaran dan melahirkan graduan yang mampu memenuhi kehendak professionalism bidang perubatan. Sistem berintegrasi ini mengamalkan sistem pembelajaran berasaskan modul yang menggabungkan subjek-subjek yang berkaitan dalam satu modul. Ini memudahkan pemahaman penuntut. Dalam sistem pembelajaran berintegrasi juga dijalankan program Integrated Learning Activity (ILA) yang mengaitkan situasi klinikal sebenar dalam pembelajaran. Oleh itu, penuntut akan mendapat gambaran yang jelas bagaimana mengaplikasikan apa yang dipelajari.

Universiti Iskandariah merupakan sebuah universiti yang mengamalkan keseimbangan antara pembejaran dan kokurikulum. Pelbagai aktiviti kokurikulum telah dianjurkan oleh pihak universiti. Antara contoh aktiviti kokurikulum yang dianjurkan ialah pertandingan futsal, lawatan ke Aswan dan Luxor, hari kebudayaan dan karnival sukan. Aktiviti ini bermatlamat melahirkan graduan yang serba boleh dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan antara penuntut yang berbilang bangsa. Tambahan pula, lawatan yang dianjurkan oleh pihak universiti memberi peluang kepada penuntut untuk lebih mengenali bumi Mesir ini. Oleh itu pembelajaran di Universiti Iskandariah tidak berpaksikan kurikulum semata-mata malahan melibatkan kokurikulum yang membantu penuntut untuk membuka minda mereka kerana bukan semua pembelajaran dapat ditimba dari buku.

 Kelayakan Memohon 


Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.1  Perubatan 


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2  Pergigian & Farmasi 


Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85%   dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. 

 Cara memohon 

Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.

Jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan, pihak Mauizah Resources boleh membantu anda. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda.

Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.


Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
Universiti Iskandariah, Mesir Reviewed by Syihabudin Ahmad on Monday, January 02, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.