Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Diploma Bahasa Arab Universiti Raja Abdul Aziz 2018/2019



Biasiswa penuh ini diberikan kepada pelajar yang memohon daripada luar negara Arab Saudi berikutan hubungan dua belah pihak di antara mereka.

+ Pengajian Diploma ini mengambil masa dua (2) tahun penuh dengan berterusan menyempurnakan 60 jam kredit.

+ Program ini dibina bagi membantu pelajar supaya mahir dalam empat (4) bidang kemahiran di dalam bahasa Arab iaitu: menulis, membaca, mendengar dan bertutur. Ia mahu supaya pelajar dapat menggunakan bahasa Arab di dalam kehidupan harian.

+ Pelajar cemerlang berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Raja Abdul Aziz.

Syarat dan Keperluan Pemohon


Berikut adalah syarat yang mesti dipenuhi pemohon ketika membuat pemohonan:

(1) Mendapat keputusan, sekurang-kurangnya “Baik” di dalam SPM – sijil hendaklah ditulis di dalam bahasa Inggeris atau Arab, jika tidak maka ia hendaklah diterjemahkan kepada bahasa berkenaan.

(2) Berumur di antara 17 hingga 25 tahun ketika memohon.

(3) Belum pernah menerima tajaan biasiswa daripada kerajaan Arab Saudi.

(4) Tidak pernah dibuang daripada mana-mana institusi di Arab Saudi.

(5) Menyediakan laporan kesihatan yang membuktikan tahap kesihatan yang baik.

(6) Menyediakan passport yang masih berguna sekurang-kurangnya tempoh dua (2) tahun.

(7) Menyediakan dua (2) surat sokongan.

(8) Bagi pemohon wanita, mereka hendaklah telah mempunyai mahram yang sudah berada di Arab Saudi dan mendapat Visa menetap atau visa pelajar atau visa pekerja.

(9) Semua dokumen hendaklah disahkan oleh badan berautoriti di negara masing-masing (Kedutaan Luar Negeri – Putrajaya)

(10) Permohonan online hendaklah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja.

(11) Pemohon yang mendapat surat tawaran hendaklah mengikut prosuder yang ditunjukkan melalui email.

(12) Setelah tiba di Arab Saudi, pemohon dikehendaki mengikuti saringan kesihatan yang merupakan undang-undang kerajaan dan universiti.

Prosuder Permohonan


(1) Permohonan dibuat melalui laman web berikut: KLIK

(2) Semua pemohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dibuang serta merta.

(3) Setiap permohonan akan dinilai oleh Jabatan Penerimaan Pelajar yang akan menentukan status pemohonan.

(4) Pemohon yang terpilih akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Arab Saudi untuk pengesahan akhir.

(5) Pemohon yang terpilih akan dihubungi melalui email bagi mengenalpasti tempat untuk mereka mendapatkan visa.

(6) Apabila visa telah selesai diuruskan, pelajar akan berlepas ke Arab Saudi.

Keistimewaan Biasiswa


(1) Semua kemudahan yang disediakan kepada pelajar universiti berhak digunakan dan diterima juga kepada pemegang biasiswa ini.

(2) Mendapat elaun bulanan

(3) Mendapat elaun permulaan sebanyak dua (2) kali ganda elaun bulanan bagi menyelesaikan isu permulaan perjalanan daripada negara sendiri.

(4) Mendapat elaun tamat belajar sebanyak tiga (3) kali ganda elaun bulanan.

(5) Subsidi makanan

(6) Tiket pergi dan balik setiap tahun

(7) Menerima kemudahan kesihatan di hospital universiti dan kerajaan Arab Saudi.

(8) Pelajar cemerlang layak menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda.

__________

Jika anda berminat untuk mendapatkan penerangan lanjut berkaitan universiti ini, atau mengetahui halatuju pendidikan sehingga kerjaya, atau motivasi pendidikan, sila hubungi Mauizah Resources pada waktu bekerja – Isnin hingga Jumaat: 9 Pagi – 6 Petang.

Email: mauizahrc@gmail.com
Telefon: 03-60397343
WhatsApp: 018-6642687

Diploma Bahasa Arab Universiti Raja Abdul Aziz 2018/2019 Reviewed by Syihabudin Ahmad on Monday, March 06, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.