Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Universiti Puteri Nourah binti Abdul Rahman, Arab Saudi 1439/1439H

Setiap tahun, Universiti Puteri Nourah binti Abdul Rahman di Riyadh, Arab saudi membuka permohonan kepada para pemohon wanita yang layak dari seluruh dunia. 


Pada tahun ini, permohonan dibuka bermula 12 Mac 2017 dan akan berakhir pada 9 Mei 2017. Bagi para pemohon yang layak, anda dicadangkan memohon masuk ke universiti terbesar di dunia untuk wanita secara khusus.


Syarat Pemohon


1- Pemohon mempunyai sijil menengah umum (SPM) atau yang setaraf dengannya. Sijil berkenaan hendaklah diterjemahkan kepada bahasa Arab. 

2- Pemohon mendapat kebenaran negara asal untuk melanjutkan pengajian di Arab Saudi. 

3- Pemohon tidak pernah mendapat biasiswa belajar daripada Arab Saudi sebelum ini.

4- Sijil menengah tidak boleh lebih daripada tempoh lima tahun. 

5- Pemohon mestilah mempunyai visa yang masih aktif. 

6- Pemohon mesti berumur antara 17 sehingga 25 tahun. 

7- Pemohon mestilah sihat tubuh badan.

8- Semua dokumen mesyilah mendapat pengesahan daripada badan khusus (Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya) dan kedutaan Arab Saudi (di jalan U-Thant, Kuala Lumpur).

9- Mendapat surat bebas daripada jenayah daripada pihak keselamatan negara (Malaysia).

10- Pemohon menyediakan dua (2) surat sokongan sambung belajar daripada orang yang dikenali oleh kerajaan Arab Saudi (Mufti, jabatan agama, graduan lepasan universiti Arab Saudi, dan sebagainya.)

11- Pemohon tidak pernah dibuang daripada mana-mana universiti di Arab Saudi.

12- Pemohon mestilah seorang wanita mempunyai mahram di Arab Saudi. Mahram berkenaan mestilah telah berada di Arab Saudi dan memiliki visa tinggal atau visa pelajar di Arab Saudi. 

13- Pemohon mestilah mengikuti ujian kesihatan

14- Keputusan sijil menengah tidak kurang daripada Jayyid Jiddan (lebih kurang 70%-80%)

Peringatan: 


1. Bersetuju mengikuti undang-undang visa Arab Saudi

2. Dokumen yang tidak lengkap akan diabaikan.

3. Hantar ke link yang ditetapkan dengan format JPEG atau PDF

4. Pemohon berjanji memberikan dokumen yang benar, jika didapati pembohongan maka permohonan akan diabaikan.

5. Kesemua dokumen yang tidak di dalam bahasa Arab hendaklah diterjemahkan

6. Pemohon bertanggungjawab menjaga nombor permohonan yang didapati selepas memohon.

7. Permohonan dan keputusan penerimaan adalah secara elektronik.

8. Bersedia untuk hadir pada waktu yang ditentukan apabila diterima.

9. Bersedia memberikan kesemua dokumen apabila keputusan penerimaan diumumkan. Universiti berhak untuk membatalkan permohonan apabila dokumen tidak diterima.

10. Pemohon tidak boleh membawa anak atau adik beradik apabila diterima.

11. Tidak bekerja luar.

12. Permohonan hanya dibuat sekali sahaja supaya tidak berlaku kekeliruan.

13. Pemohon yang tidak bercakap Arab akan ditempatkan terlebih dahulu di Institut Bahasa Arab. Setelah tamat di institute berkenaan barulah beliau akan layak ke peringkat university.

14. Kuliah yang ditawarkan ialah semua kuliah yang ada di university melainkan kuliah perubatan yang tidak dibukan kepada warga luar.

Permohonan:


Permohonan dibuat melalui link berikut: (klik)

___________

Jika anda berminat untuk mendapatkan penerangan lanjut berkaitan universiti ini, atau mengetahui halatuju pendidikan sehingga kerjaya, atau motivasi pendidikan, sila hubungi Mauizah Resources pada waktu bekerja – Isnin hingga Jumaat: 9 Pagi – 6 Petang.

Email: mauizahrc@gmail.com
Telefon: 03-60397343
WhatsApp: 018-6642687





Universiti Puteri Nourah binti Abdul Rahman, Arab Saudi 1439/1439H Reviewed by Mauizah Resource on Saturday, March 11, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.