Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Mahu Kualiti atau Singkatkan Masa Belajar?

Alhamdulillah, 2 orang pelajar dan ibubapanya datang berjumpa saya untuk mendapatkan nasihat bagi pengajian anak-anak mereka ke Maahad Buuth al-Azhar, Mesir. 

Jauh mereka datang, dari Melaka. 

Salah seorang anaknya telah menghabiskan hafalan al-Quran 30 Juzuk. Manakala seorang lagi telah sampai ke Surah Tahrim. 



Saya memberikan 2 pelan pendidikan kepada mereka. Satu - ambil SPM kemudian ambil STAM. Dengan sijil STAM boleh terus ke Universiti al-Azhar dengan syarat keputusan sekurang-kurangnya Jayyid. Untuk abangnya yang berumur 17 tahun (2018), beliau akan masuk Universiti Al-Azhar pada tahun 2020 ketika berumu 19 tahun. 

Cadangan kedua ialah terus ke Mesir dan memohon ke Maahad Buuth al-Azhar sekalipun tanpa ada sebarang sijil. Selepas Maahad Buuth lebihkurang 3 + 1 tahun, terus ke Universiti Al-Azhar. Untuk adiknya, dijangka ke Universiti al-Azhar ketika umur 19 tahun pada tahun 2021. 

Saya telah nyatakan daripada sudut tahun - yang lebih singkat ialah dengan ambil SPM, kemudian STAM. Tetapi ibubapa lebih berminat dengan Maahad Buuth al-Azhar.

Saya tegaskan bahawa belajar di Mesir memerlukan ketekadan untuk menuntut ilmu yang tinggi. Pelbagai risiko bakal dihadapi oleh pelajar, terutamanya isu Visa dan kenaikan nama di Maahad Buuth yang semakin lewat. 

Tetapi, kualiti pengajian Buuth, memang tiada tandingnya. Pelajar akan dimahirkan dengan pengajian asas ilmu agama dan akademik sehingga memudahkan mereka apabila masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti al-Azhar nanti.

Saya juga jelaskan kepada ibubapa dan pelajar tentang 'flow' sehingga mendapat kerjaya yang pelajar ingini. 

Demikianlah kerja saya sebagai penasihat perancangan pendidikan. Saya dan tim mahu berkongsi pengalaman kami bersama pelajar dan ibubapa. Jika anda berminat untuk menyertai, sila WhatsApp: 010 8678472 atau klik 

Call: 03-60397343

Setelah 2 jam perbincangan - ibubapa dan pelajar bersetuju untuk menghantar anak mereka ke Maahad Buuth dalam bulan Februari ini. 

Kami doakan semoga Allah memudahkan urusan pelajar dan ibubapa. 

Nota: Alhamdulillah, semalam saya mendapat berita 2 orang lagi pelajar kami telah diterima di Bahagian Pengajian Khusus (Dirasah Khassah) Maahad Buuth al-Azhar. Semoga Allah memudahkan urusan sebahagian pelajar yang lain. Perjalanan pendidikan mereka masih panjang. Moga-moga ia bermutu di dunia dan akhirat. 

Allahumma Amin.

#BelajarMesir
#BelajarSungguh2
#TravelIlmu
#mauizahresources

______________
Syihabudin Ahmad, 
Perunding Pendidikan ke Timur Tengah 
Sejak 2009.


Mahu Kualiti atau Singkatkan Masa Belajar? Reviewed by Mauizah Resource on Monday, December 25, 2017 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.