Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Permohonan Mengikuti Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Mesir Dan Jordan 2018/2019

Permohonan di atas talian untuk permohonan ke universiti-universiti di Mesir dan Jordan untuk lepasan SPM dan STAM telah dibuka untuk sesi 2018/2019!


Penerimaan dan penerbangan pada tahun ini juga! Pengalaman saya: Jika anda mempunyai syarat yang disebutkan, 99% anda akan mendapatkan tempat. Tetapi jika sebaliknya, anda akan gagal!

Syarat kelayakan pengajian Ijazah Sarjana Muda ke Mesir dan Jordan adalah seperti berikut:
_____________________________________________________________________________

Mesir - Perubatan

Tempoh Pengajian: 5 Tahun 

Universiti pilihan terlibat: 
  1. Universiti Al-Azhar
  2. Universiti Iskandariah
  3. Universiti Kaherah
  4. Universiti Ain Shams
  5. Universiti Mansoura
  6. Universiti Tanta
  7. Universiti Zagazig
Syarat kelayakan: 
  1. Lulus SPM dengan mendapat peratus markah 90% dalam subjek berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Sejarah
    4. Matematik
    5. Matematik Tambahan
    6. Fizik
    7. Kimia
    8. Biologi
  2. Dan memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam subjek:
    1. Biologi 
    2. Kimia
    3. Fizik
    4. Matematik
    5. Matematik Tambahan
Yuran Pengajian
  1. Universiti Al-Azhar: Tahun pertama - USD 2,000. Manakala tahun kedua dan seterusnya ialah USD 8,000
  2. Universiti Iskandariah - USD 8,000 setiap tahun.
  3. Universiti Kaherah - USD 8,000 setiap tahun.
  4. Universiti Ain Shams - USD 8,000 setiap tahun.
  5. Universiti Mansoura - USD 8,000 setiap tahun.
  6. Universiti Tanta - USD 8,000 setiap tahun.
  7. Universiti Zagazig - USD 8,000 setiap tahun.

Mesir - Pergigian & Farmasi

Tempoh Pengajian: 5 Tahun 

Universiti pilihan terlibat untuk pergigian
  1. Universiti Al-Azhar 
  2. Universiti Iskandariah 
  3. Universiti Mansoura
  4. Universiti Tanta
Yuran Pengajian untuk pergigian
  1. Universiti Al-Azhar: Tahun pertama - USD 2,000. Manakala tahun kedua dan seterusnya ialah USD 8,000
  2. Universiti Iskandariah - USD 8,000 setiap tahun.
  3. Universiti Mansoura - USD 8,000 setiap tahun.
  4. Universiti Tanta - USD 8,000 setiap tahun.
Universiti pilihan terlibat untuk Farmasi
  1. Universiti Zagazig 
Yuran Pengajian untuk Farmasi
  1. Universiti Zagazig - USD 8,000 setiap tahun.
Syarat kelayakan: 
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan (8) subjek iaitu:
    1.  Bahasa Melayu
    2.  Bahasa Inggeris
    3.  Sejarah
    4.  Matematik
    5.  Matematik Tambahan
    6.  Fizik
    7.  Kimia
    8.  Biologi
  2. dan memperoleh sekurang-kurangnya dengan gred B dalam subjek:
    1.  Biologi
    2.  Kimia
    3.  Fizik
    4.  Matematik
    5.  Matematik Tambahan 
Nota: Bagi permohonan bidang Sains Kesihatan di Universiti Al-Azhar, sijil SPM hendaklah tidak melebihi tempoh dua (2) tahun dari tahun semasa  (tahun 2017 dan 2016) dan pelajar perlu mempunyai Bahasa Arab di peringkat SPM. Bayaran penalti akan dikenakan oleh Kementerian
Pendidikan Tinggi Mesir dengan kadar EGP750.00 bagi setiap tahun yang lewat kepada pemegang sijil SPM iaitu selain daripada tahun 2017 (tahun 2016 dan 2015). Pembayaran perlu dibuat oleh pelajar melalui pejabat EME di Mesir.

Mesir - Al-Azhar - Pengajian Islam

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan dan Menduduki Imtihan Qabul (IQ).

Bidang pilihan:
  1. Syariah Islamiah
  2. Usuluddin (Akan ada pengkhususan pada tahun ketiga kepada Tafsir, Hadis, Aqidah, dan Dakwah)
  3. Bahasa Arab (Mempelajari sastera Arab)
  4. Dakwah Islamiah (Pemohon lelaki sahaja)
  5. Dirasat Islamiah wal Arabiah (Pemohon lelaki sahaja)

Mesir - Al-Azhar - Pengajian Qiraat

Mempunyai Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan. dan Menduduki Imtihan Qabul (IQ).

Mesir - Al-Azhar - Ulum Islamiah

Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan. dan Menduduki Imtihan Qabul (IQ).

Yuran Pengajian: USD 1,000 setahun (5 Tahun Pengajian)

________________________________________________________________________________

Jordan - Perubatan dan Pergigian


Syarat kelayakan
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM 
  2. dan Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek:
    1.  Biologi
    2.  Fizik
    3.  Kimia
    4.  Matematik
    5.  Matematik Tambahan
    6.  Bahasa Inggeris
    7.  Bahasa Arab 

Universiti pilihan terlibat: 
  1. Universiti of Jordan
  2. Jordan Univesity of Science and Technology

Jordan -Pengajian Islam 


Universiti pilihan terlibat: 
  1. Universiti of Jordan (Pengajian Islam & Syariah, Bahasa Arab)
  2. Universiti Yarmouk (Syariah dan Pengajian Islam - Fiqh & Usul, Quran dan Sunnah, Akidah dan Dakwah, Bahasa Arab)
  3. Universiti Mu`tah (Syariah, Pengajian Islam, Bahasa Arab)
  4. Universiti Al-Albayt (Fiqh dan Usul, Usuluddin, Bahasa Arab)
Syarat kelayakan
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM 
    2. dan Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat SPM



    Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang permohonan ke Mesir dan Jordan, segera hubungi kami untuk sesi taklimat!

    010-8678472
    03-60397343


    Permohonan Mengikuti Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Mesir Dan Jordan 2018/2019 Reviewed by Syihabudin Ahmad on Thursday, January 18, 2018 Rating: 5
    Post a Comment
    All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
    Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

    Powered by Blogger.