Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Soalan Lazim Universiti Islam Madinah

Soalan - Adakah syarikat ini adalah wakil rasmi bagi pihak Universiti Islam Madinah?


Jawapan: Mauizah Resources tiada kaitan dengan pengurusan Universiti Islam Madinah. Ia adalah agensi swasta yang menguruskan dan memudahkan urusan permohonan secara online dibuat. Jadi, ia hanya mampu menjadi pemudahcara membuat permohonan, tetapi tiada kuasa dalam pemilihan pelajar untuk diterima masuk. 

Yuran pengurusan yang dikenakan adalah yuran daripada proses yang dibuat oleh pihak syarikat. Ia tiada kaitan dengan Universiti Islam Madinah. Pihak universiti tidak pernah melantik mana-mana agen rasmi ataupun mengenakan apa-apa yuran. 

Soalan - Asalamualaikum, boleh saya tahu tentang pengurusan ke Universiti Islam Madinah?


Jawapan: Waalaikumusalam Tuan Puan.

Permohonan Universiti Islam Madinah terbuka kepada semua pelajar lelaki berumur 25 tahun atau ke bawah, mempunyai sijil SPM, sihat tubuh badan dan mempunyai ketekadan belajar yang tinggi.

Mauizah Resources tidak mewakili Universiti Islam Madinah dalam sudut pengurusan mahupun penerimaan pelajar. Kami hanya menjadi pemudah cara mendaftarkan pelajar secara online dan pengurusan berkaitan tentangnya. Jadi, cas pengurusan dikenakan bagi urusan key-in data, terjemahan ITBN, konsultasi pengurusan, penyediaan surat Husnul Khuluq untuk pihak sekolah dan sebagainya. Keputusan penerimaan adalah 100% daripada pihak Universiti.

Jika anda berminat mendapatkan maklumat pengurusan secara lebih lanjut, sila pilih waktu-waktu berikut untuk temujanji perbincangan di pejabat urusan, Sungai Buloh. Temujanji dan konsultasi ini adalah berbayar.

Isnin-Jumaat: Jam 9 Pagi - 5 Petang

Sila klik link berikut untuk pendaftaran temujanji: LINK KAUNSELING PENDIDIKAN


Soalan - Adakah permohonan ini hanya untuk lelaki sahaja?


Jawapan: Ya, permohonan ke Universiti Islam Madinah hanya untuk lelaki berumur 25 tahun dan ke bawah sahaja.

Soalan - Saya tidak ada kelulusan bahasa Arab, pendidikan al-Quran as-Sunnah, dan pendidikan Syariah Islamiah di dalam SPM. Adakah saya masih layak memohon? 


Jawapan: Ya, anda layak memohon. Syarat yang dikenakan hanyalah memiliki sijil atau slip SPM untuk diterjemahkan kepada bahasa Arab.

Soalan - Bilakah tarikh tutup permohonan? 


Jawapan: Tiada tarikh tutup untuk membuat permohonan. Tetapi yang membezakan permohonan lambat atau cepat ialah tahun pengambilan pelajar sahaja (intake).

Soalan - Saya dimaklumkan bahawa ada sesi temuduga yang wajib dihadiri sebelum mendaftar. Bolehkah saya tahu apa borang atau maklumat yang perlu saya sediakan? 


Jawapan: Temuduga ditentukan oleh pihak Universiti. Sebelum urusan temuduga atau pengambilan, pelajar dikehendaki mendaftar secara online terlebih dahulu.

*Pemohon yang ingin menghadiri sesi temuduga di Universiti Islam Madinah samada telah memohon secara online atau tidak, mestilah menyediakan salinan Visa, salinan Pasport dan 2 keping gambar.

* Bagi pemohon yang telah memohon secara online, pemohon dikehendaki menyertakan salinan nombor aplikasi (Application Number) yang telah dicetak semasa melakukan permohonan secara online sebagai bukti permohonan telah dibuat semasa menghadiri sesi temuduga.

* Pihak Universiti akan memberi nombor aplikasi bagi pemohon yang menghadiri sesi temuduga, dan nombor aplikasi tersebut mestilah digunakan ketika memohon secara online.

* Sesi temuduga di Malaysia akan diadakan sekiranya pihak Universiti menghantar wakil mereka. Tarikh dan waktunya tidak ditetapkan oleh pihak universiti. Jika temuduga diadakan di Malaysia, pemohon yang ingin menghadirinya mestilah memohon secara online terlebih dahulu .


Soalan - Saya lepasan STAM, adakah saya masih layak memohon? 



Jawapan: Permohonan ini terbuka juga untuk lepasan STAM yang berumur 25 tahun atau ke bawah, mempunyai kesihatan yang baik serta bersungguh-sungguh mahu menuntut ilmu agama atas manhaj salaful ummah


Soalan - Apakah jurusan yang ditawarkan di Universiti Islam Madinah? 



Jurusan yang ditawarkan di Universiti Islam Madinah ialah:

1.Kuliah Al-Quran
2.Kuliah Hadis
3.Kuliah Syari’ah
4.Kuliah Dakwah & Usuluddin
5.Kuliah Bahasa Arab

Untuk jurusan Kuliah Al-Quran, ia mewajibkan pelajar TELAH menghafal 30 Juzuk al-Quran. Untuk jurusan lain, tiada syarat tersebut.

Soalan - Jika saya memohon sekarang (7/3/2015), bila saya boleh diterima masuk? 


Permohonan sekarang masih lagi untuk tahun 1436 Hijriyyah. Tetapi ia boleh ditutup pada bila-bila masa. Sila rujuk website ketika memohon secara online untuk mengetahui tahun permohonan itu dibuat.

Tarikh tutup memohon secara online adalah bergantung pada pihak Universiti, kebiasaannya pada bulan Mac. Tarikh tutup bermakna ia ditutup hanya untuk pengambilan tahun itu, dan masih terbuka untuk tahun berikutnya kerana pengambilan pelajar diambil hanya setahun sekali. Justeru, pemohon diminta untuk memohon secepat mungkin dan tidak menunda permohonan agar nama pemohon tidak dibawa pada tahun berikutnya.

Tiada siapa yang mengetahui bilakah anda akan diterima melainkan setelah nama anda naik di peringkat universiti. Biasanya tempoh menunggu mengambil masa 1-3 tahun.


Soalan - Saya tidak lulus subjek bahasa Arab dalam SPM, tetapi saya menghafal 30 juzuk al-Quran. Adakah saya layak memohon?


Jawapan - Anda layak memohon kerana tiada syarat lulus subjek bahasa Arab di dalam SPM. Menghafal 30 juzuk adalah satu kelebihan.

Soalan - Apakah Dokumen yang diperlukan semasa datang temujanji di pejabat Tuan?


Berikut disertakan dokumen yang perlu anda bawa:

1. Sijil atau slip SPM / Diploma
2. Sjil Lahir
3. Passport (jika sudah ada)
4. Kad Pengenalan
5. Borang Medical Checkup (jika sudah ada)
6. 5 Keping Gambar bersaiz 6X4 – Tidak memakai cermin mata, tidak menutup kepala dan berlatar belakang putih.
7. Semua jenis sijil yang pernah dimiliki.

Soalan - Apakah laman web untuk daftar sendiri? 


Berikut: http://admission.iu.edu.sa/Selection.aspx

Soalan - Bolehkah saya mendapatkan biasiswa? 


Semasa pengurusan pendaftaran, bayaran yuran pengurusan dikenakan. Tetapi setelah diterima, segala kos ditanggung oleh pihak universiti. termasuk tiket kapal terbang, makan minum, tempat tinggal, dan elaun bulanan. Jadi, biasiswa luar tidak diperlukan.

Soalan - Boleh saya tahu alamat office?


Mauizah Resources,
9AF, SU Mall, Jalan Bidara 8,
Saujana Utama, Sungai Buloh,
47000 Selangor.


Soalan - Jika saya mahu menguruskan pendaftaran sendiri, apa perlu saya buat? 


Jawapan: Jika anda berhajat untuk membuat permohonan sendiri, anda disarankan mengikut langkah berikut:

1) Menonton video berikut: http://www.youtube.com/watch?v=Oq_BAGZxFBU
2) Membaca manual berikut yang disediakan oleh perwakilan pelajar Universiti Islam Madinah: https://www.dropbox.com/.../Maklumat%20dan%20Syarat...
3) Buat permohonan di laman web berikut:http://admission.iu.edu.sa/Selection.aspx

Soalan - Berapakah kos bayaran dan tempoh pengajian? 


Jawapan: Yuran pengurusan yang dikenakan oleh Mauizah Resources adalah bergantung kepada jenis pengurusan yang perlu dibuat seperti penterjemahan, penyediaan surat kepada sekolah, key-in data dan sebagainya. Maklumat jelas berkaitan yuran boleh didapati setelah konsultasi di pejabat urusan.

Sila klik link berikut untuk pendaftaran temujanji: LINK KAUNSELING PENDIDIKAN

Tempoh pengajian di peringkat Universiti ialah 4 tahun.

Soalan Lazim Universiti Islam Madinah Reviewed by Syihabudin Ahmad on Wednesday, November 30, 2016 Rating: 5
Post a Comment
All Rights Reserved by Mauizah Resources | Perunding Pendidikan Timur Tengah © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.